View: 191|Reply: 2
|
Dendeng naik seringgit, Khairul Aming siap buat presentation untuk jelaskan
[Copy link]
|
|
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming membuat permohonan maaf atas keadaan yang memaksa bagi kenaikan harga produk Dendeng Nyet Ekstra Pedas.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman membuat video pencerahan kenaikan harga RM1 bagi produk Dendeng Nyet Ekstra Pedas.
Menurut Khairul Aming, kos pembikinan Dendeng Nyet Ekstra Pedas melebih RM1, namun, pempengaruh berusia 32 tahun itu memilih untuk tidak membebankan pembeli.
Saya mintak maaf atas kenaikan harga seringgit berbanding yang asli sebab penggunaan cili 2-3 kali ganda dari yang sebelum.
Kita juga kena tambah minyak tambahan dan double tempoh masakan menggunakan gas untuk memastikan semua cili kisar dan cili padi masak sepenuhnya.
Sebenarnya kos adalah lebih dari RM1, tapi kalau naikkan lagi harga, akan menjadi beban untuk pengikut saya.
Dalam pada itu, Khairul Aming berharap agar pengikut masih menyokong produknya dan memahami punca kenaikan harga bagi Dendeng Nyet Ekstra Pedas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Khairul Aming yang sentiasa memikirkan tentang keadaan kewangan pembeli. Selain itu, warganet turut terhibur melihat penjelasannya yang terlalu terperinci.
Sumber: OhBulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ponen educated suka explaination... loveee... hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la tapi sampai sekarang aku tak beli produk dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|