CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 5

[Tempatan] ‘Atuk’ bunuh rakan buat isyarat ‘peace’

[Copy link]
Post time 6-5-2025 10:26 PM | Show all posts |Read mode


SEBERANG PERAI – Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang rakannya di Bukit Mertajam, bulan lalu.

Tertuduh, Yee Fatt Seong, 70, bagaimanapun mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Namun, tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan kerana kes bunuh di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Ketika prosiding berlangsung, Fatt Seong dilihat terpaksa dipapah untuk berdiri di kandang tertuduh disebabkan keadaannya yang uzur.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian terhadap Loo Ah Teong, 63, di sebuah pondok rehat di Jalan Kolam, Cherok Tokun, Bukit Mertajam antara pukul 2 hingga 3.22 petang, 27 April lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau dipenjara maksimum 40 tahun selain dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nor Azah yang tidak membenarkan tertuduh untuk diikat jamin kemudian menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, tertuduh dilihat memberi isyarat ‘peace’ ketika wajahnya dirakam jurugambar media sebaik tiba di mahkamah, pagi tadi.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan mangsa bersama lima rakan termasuk suspek yang juga merupakan warga emas sebelum kejadian dikatakan sedang duduk bersembang di sebuah pondok.

Suspek bertindak memukul mangsa dengan sebatang kayu sebelum mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa.

Pergaduhan tercetus dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang telah berlarutan selama tiga hari.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
buat peace pun kena bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
buat peace pun kena bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 12:00 AM | Show all posts
buat isyarat peace tu patut letak selepas atuk. Kesian cikgu bahasa ko dulu dek.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 12:29 AM | Show all posts
akak ingatkan atuk ni bunuh rakannya kerana rakannya itu buat isyarat peace
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
pisanggoreng replied at 6-5-2025 11:42 PM
buat peace pun kena bunuh

Gorang pisang atau pisang goreng?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-5-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035288 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list