CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 1

[Tempatan] Pesara tak sempat berniaga di TikTok, RM82,600 lesap

[Copy link]
Post time 6-5-2025 10:21 PM | Show all posts |Read mode


BESUT – Seorang pesara kerugian RM82,600 selepas ditipu individu yang kononnya mahu membantunya berniaga di TikTok adalah seorang scammer.

Lelaki berusia 67 tahun yang kehilangan wang simpanannya itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, lelaki warga emas yang berhasrat membuka akaun TikTok Shop tersebut telah berkenalan dengan suspek menerusi laman Facebook.

“Mangsa telah diminta menghantar salinan Mykad dan sekeping gambar swafoto kepada suspek kononnya bagi membantu pendaftaran akaun TikTok Shop.

“Suspek seterusnya meminta mangsa menyerahkan modal permulaan kononnya bagi pembukaan akaun TikTok Shop berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamuddin berkata, pesara yang menerima sedikit keuntungan pada peringkat awal mula menyakini suspek sehingga menuruti permintaan menambah modal.

Beliau berkata, mangsa telah melakukan pindahan wang menerusi 14 transaksi ke dalam tujuh akaun bank berasingan diarahkan suspek kononnya bagi penambahan modal sebelum akhirnya menyedari telah tertipu.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 01:40 AM | Show all posts
aduh kesiannya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.231980 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list