CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 1

Sarah Hildebrand hamil anak sulung

[Copy link]
Post time 5-5-2025 11:22 PM | Show all posts |Read mode


Menikmati kehidupan baharu di Amerika Syarikat (AS), pelakon Sarah Hildebrand mendedahkan kini hamil cahaya mata pertama.

Sarah atau nama lengkapnya Nur Sarah Hilderbrand Asyraf Hilderbrand, 35, memuat naik foto imbasan yang menunjukkan kandungannya memasuki minggu ke-20.

“Semuanya (kandungan) sedang berkembang,” tulisnya menerusi kapsyen yang disertakan dalam hantarannya.

Sebelum ini artis berdarah campuran Melayu, AS dan Jerman itu terlebih dulu memuat naik alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif.

Pada perkongsian yang turut memaparkan momen bersama suami dan kucing mereka, Sarah menunjukkan imbasan secara dekat wajah si kecil.

Dalam hantaran yang dimuat naik, Sarah memberitahu dia sedang menikmati kehidupan tanpa banyak berkongsi di sosial media.

“Lama tidak berjumpa. Saya sibuk dengan kehidupan dan mencipta memori.

“Satu perkara ini tidak mungkin saya lepaskan untuk kongsi,” ujarnya.

Biarpun sudah mengumumkan persaraan sebagai pelakon sekitar 2022 dan berhijrah ke AS, perkembangan pelakon dan pengacara itu tetap menjadi perhatian ramai.

Hasil lakonan terakhirnya adalah menerusi drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang bersiaran pada 2020 di saluran TV3.

Pada Ogos tahun lalu, Sarah memuat naik beberapa keping gambar memberi bayangan dia kembali berumah tangga dengan seorang jejaka kulit putih.

Begitupun, aktres yang memaklumkan sudah menyertai Unit Tentera Udara AS itu tidak memperincikan butiran peribadi teman hidupnya.

Pada November 2019 dia berkahwin dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillien namun berpisah tidak lama kemudian.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti anak dia comel nnti. Baguslah drpd kawen dgn si Nabil terencat tu. Knp org nama Nabil mesti perangai mcm monyet terencat eh.
Si Sarah ni kawen Matsalleh, mcm nak top up gene Matsalleh yg ada 50% dlm dia. Bahahhaha begitu meols punya imaginasi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-5-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034030 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list