CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 2

[Dunia] Tiru aksi filem, kanak-kanak 9 tahun lakukan 13 kebakaran bersiri

[Copy link]
Post time 4-5-2025 10:22 PM | Show all posts |Read mode


Seorang kanak-kanak melakukan bebeberapa siri kebakaran di Gang Amarta, Kelurahan Tipar, Kecamatan Citamiang, Sukabumi kerana terpengaruh filem. Foto: Detikcom


JAWA BARAT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun bertanggungjawab ke atas beberapa siri kebakaran yang berlaku di Gang Amarta, Kelurahan Tipar, Kecamatan Citamiang, Sukabumi sejak beberapa hari lalu.


Ketua RW 06, Ajis Muslim berkata, kanak-kanak itu dipercayai membakar beberapa lokasi selepas terpengaruh dengan adegan terdapat dalam filem yang ditontonnya.


"Kanak-kanak itu memberitahu ada melihat video atau filem tetapi kita tidak dapat pastikan filem apa. Ada kemungkinan kanak-kanak itu terpengaruh selepas melihatnya.


"Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki terbabit rajin solat dan dipercayai bertindak melakukan perbuatan tersebut disebabkan kurang pengawasan," katanya pada Jumaat.


Ajis memaklumkan, kanak-kanak tersebut ditahan oleh penduduk sekitar jam 4.30 pagi Jumaat ketika cuba melakukan satu lagi kebakaran.


Justeru, beliau memaklumkan, dia seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Sukabumi, AKBP Tony Prasetyo mengesahkan bahawa kanak-kanak itu masih bersekolah di peringkat sekolah rendah.


"Berdasarkan soal siasat awal, kanak-kanak tersebut mengaku meniru adegan dari filem yang sering ditontonnya di telefon bimbit," jelas beliau lagi.


Siri kebakaran bermula ketika waktu Maghrib pada Rabu di RW 06 dipercayai akibat pembakaran sampah kecil yang tidak disedari sebelum merebak membakar sebuah rumah berhampiran masjid selepas solat Isyak.


Kebakaran berulang pada waktu Subuh dan memuncak pada Jumaat apabila api muncul di beberapa lokasi dalam tempoh satu hari.


Secara keseluruhan, sebanyak 13 lokasi kebakaran dikenal pasti dengan tujuh daripadanya berlaku pada hari yang sama melibatkan kawasan RW 06 dan sempadan RW 05.- SINAR HARIAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 12:34 AM | Show all posts
Akibat terlalu banyak memakan makanan yang tercemar oleh toxic
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
@nusaraya sihat ke tu? Ke masih buka Kamus Jawa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-5-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037222 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list