CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 7

[Tempatan] Tular video pelajar OKU dibuli di GiatMara Durian Tunggal

[Copy link]
Post time 4-5-2025 09:16 PM | Show all posts |Read mode




MELAKA: Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) didakwa menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lain di GiatMara Durian Tunggal di sini, sehingga mencetuskan kemarahan netizen selepas video kejadian itu tular dalam media sosial.


Pendedahan itu dibuat seorang pemuda menerusi klip video berdurasi dua minit yang memaparkan dirinya berbual dengan mangsa di gelanggang badminton sebelum pelajar OKU itu meluahkan perasaan.


“Dipendekkan cerita, agak mengejutkan bila kawan baru aku ini yang merupakan OKU lembam pembelajaran menjadi mangsa buli. Semua dakwaan itu ada disertakan bersama video sebagai bukti.


“Dia tengah tidur kena baling botol, tengah belajar budak-budak ini angkat motosikal dia simpan dalam sangkar. Bila kes ini melibatkan OKU, orang yang buli itu memang pengecutlah,” katanya.


Pemuda itu turut meminta orang ramai menularkan video berkenaan sebagai tekanan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.


Video itu turut menunjukkan dengan jelas wajah beberapa pelajar yang dipercayai terlibat dalam insiden buli berkenaan


Setakat ini, Utusan Malaysia masih menunggu maklum balas daripada pengurusan GiatMara itu dan pihak berkuasa.


Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyeru para pelajar supaya tidak takut melaporkan perbuatan buli.


Sebelum ini, Mara telah menamatkan pengajian tujuh pelajar selepas video insiden buli di Maktab Rendab Sains Mara (MRSM) Pulau Pinang tular, menunjukkan seorang pelajar lelaki dihempap rakan-rakannya di atas katil. – UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
lahanat.. org suh kau belajar.. kau naya org istimewa apsal..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mano video??
nak tengok jugak muka2 anak setan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bacul betul p buli oku.. Semoga Allah sahaja yg dapat membalasnya.. Ingat ye.. Setiap perbuatan kita ni ada balasan dari Allah & Allah maha melihat.. Takutlah dengan. Azab Allah.. Azab Allah ni x perlu tunggu mati tau.. Kt dunia lg Allah dh boleh bg.. Masa tu ko pelik apsal ko minta kerja x dpt2.. Rezeki ko sempit.. Hidup ko susah.. Anak ko x mennjadi... Tu contoh2 la yg aku boleh bg... Kot ko ingat ko hero sgt skrg.. Silap2 OKU tu yg jadi boss besae ko nnt.. Ko pulak kuli dia je sampai pencen..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Budu amat. Tgk budak lembam pun dpt msk giat mara, korg yg elok cukup akal pun sama level je dgn budak lembam, tu pun Ade hati nk buli org, suluh2 sikit muka. Bazir je tuhan bagi otak cukup sifat memperabihkan udara dibumi je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 11:17 PM | Show all posts
Harap dapat balasan yang setimpal la buat pembuli tu semua.OKU juga nk dibulinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2025 11:51 PM | Show all posts
kat ES ada satu video buli, rasanya yang tu lah..budak laki tu tak melawan, kesian dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Freezies replied at 4-5-2025 10:12 PM
Mano video??
nak tengok jugak muka2 anak setan..

https://www.instagram.com/reel/DJPCO22MAX3/?igsh=MWp2dWtsMTJiNXc2Mw==
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-5-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.056310 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list