CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 14

Tidak perlu bicara perbandingan kerja di Indonesia atau Malaysia – Yayan Ruhian

[Copy link]
Post time 3-5-2025 07:20 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR : Pelakon kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian, 57, mengakui tidak gemar bersikap membanding-banding suasana kerja di mana-mana lokasi atau produksi yang dijayakannya.


Bagi pelakon aksi bertaraf antarabangsa ini, setiap orang atau tempat memberi peluang buatnya untuk menimba ilmu pengetahuan yang baharu daripada pelbagai sudut.


“Buat saya, segala sesuatu yang baharu itu adalah hal yang baharu dan menarik. Kerana, ketika saya menemukan hal baharu, ia memberikan peluang untuk saya belajar.


“Kita tidak perlu bicara bagaimana berbandingan kerja di Indonesia atau di Malaysia. Bahkan di Asia atau pun di industri Hollywood.


  


“Ini kerana Indonesia dengan cara mereka, di Malaysia dengan cara sendiri. Berbeza projek, beza karektor dan beza juga prosesnya,”katanya.


Bahkan kata Yayan, segalanya projek lakonan yang dijayakannya sentiasa memberikan satu pengalaman yang berharga buat dirinya sebagai seorang anak seni.


“Jumpa lain orang pastinya lain pula hal yang dibicarakan dan lain pula hal yang akan kita ambil dan dijadikan sebagai pengalaman


“Setiap yang saya jumpa itu, saya jadikan satu kesempatan untuk saya belajar sebab ada banyak lagi hal yang kita mungkin tidak tahu.


  


“Justeru saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang mahu bekerjasama dengan saya dan kali ini bersama pasukan produksi filem Gayong. Banyak yang saya pelajari terutama daripada keluarga besar Gayong itu sendiri,”katanya.


Merupakan filem Malaysia keenam yang dijayakannya, Gayong bagi Yayan adalah naskhah yang istimewa kerana menganggap ketokohan anak tempatan yang tidak kurang hebatnya.


Menerusi filem ini, Yayan memegang watak Wak Kusang bersama bintang lain seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan ramai lagi.


  


Filem epik Gayong arahan Faisal Ishak dan terbitan Sol Pictures mengangkat kisah pengasas Silat Seni Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dengan bajet pembikinan kira-kira RM7 juta.


Filem ini memaparkan perjalanan hidup Allahyarham dalam mempertahankan maruah bangsa di gelanggang pertandingan dan kemudiannya bangkit mempertahankan tanah air ketika diancam kehadiran penjajah di Tanah Melayu. - UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wei, bagus komen dia. Meols adore Yayan Ruhian walaupun rupa tiada tapi talenta level Hollywood.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 07:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem2 Melayu wajib tengok meols di tahun 2025:

1. Keluang Man
2. Gayong
3. 6 Jilake

Tapi susah pi cinema. Ku tunggu kuar Netflix.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 09:05 PM | Show all posts
Edited by nadie90 at 3-5-2025 01:07 PM

Humble ja komen kang Yayan...xdak nak acah mcm pelakon A-List wlpun dah berlkon bbrp filem2 Hollywood lol
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-5-2025 07:48 PM
Filem2 Melayu wajib tengok meols di tahun 2025:

1. Keluang Man

Sian cite 6 jilake tu padahal sedap
Lama dh abang long tak kuar pilem gitu

Ni dh kuar thunderbolt emm lagi sendu la kutipan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2025 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 3-5-2025 10:10 PM
Sian cite 6 jilake tu padahal sedap
Lama dh abang long tak kuar pilem gitu


oh best ke? aiols tgk thundebolts ritu masa labour day
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sol pictures bawah siapa? Syamsul punya ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bijak jawapan yayan…muka memang xde tapi bakat memang A!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
takut nya tgok yayan sengih..teringat cerita sumala yg luna maya belakon... tacud...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 3-5-2025 02:10 PM
Sian cite 6 jilake tu padahal sedap
Lama dh abang long tak kuar pilem gitu


Meols kalau tengok nama bang long tu buat filem, memang wajib tengok ah. Senario XXX tu pun sedap je cerita walaupun Senario hauk yang berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pakcik ni berlakon memang top
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik citer gayong ni nak pegi tengokla this weekend
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
royaldanish replied at 4-5-2025 09:51 PM
pakcik ni berlakon memang top

dia brlakon lawan2 mmg mantap...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nadie90 replied at 3-5-2025 09:05 PM
Humble ja komen kang Yayan...xdak nak acah mcm pelakon A-List wlpun dah berlkon bbrp filem2 ...

Bukankah sudah kang Yayan katakn tak perlu membanding2kan. Apa yg Dia katakn adalah berdasarkn  pemikiran, jatidiri dn perasaan Individu dia sendiri.  Orang lain pasti bedalah, iya kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-5-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.060750 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list