CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35|Reply: 0

[Sarawak] Ahli majlis MDDM angkat sumpah bagi penggal baharu

[Copy link]
Post time 28-4-2025 10:00 AM | Show all posts |Read mode


Nyireng dan ahli majlis lain semasa majlis angkat sumpah pada Jumaat.

SIBU: Majlis angkat sumpah ahli majlis, Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) berlangsung pada Jumaat, menandakan permulaan penggal baharu pentadbiran tempatan di kawasan Dalat dan Mukah.

Antara yang dilantik semula ialah Kaunselor Nyireng Saleh yang menyatakan rasa penghormatan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

“Saya amat berbesar hati dan bersyukur kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada saya untuk terus berkhidmat sebagai Ahli Majlis MDDM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nyireng turut merakamkan penghargaan kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Sayap Pemuda PRS Pusat yang diketuai oleh Datuk Snowdan Lawan selaku Ketua Pemuda PRS atas sokongan padu sepanjang perkhidmatannya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang atas pencalonan dan kepercayaan yang terus diberikan kepadanya.

“Saya komited untuk menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh integriti, keikhlasan dan dedikasi demi kepentingan masyarakat setempat,” tegasnya.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk terus memperkukuhkan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan PRS dalam usaha memacu pembangunan kawasan tersebut.

Majlis itu turut menyaksikan pelantikan semula beberapa ahli majlis lain yang akan bersama-sama berganding bahu dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di bawah MDDM.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.077284 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list