CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas dilapor hilang di hutan Kg Judan ditemui selamat

[Copy link]
Post time 28-4-2025 09:54 AM | Show all posts |Read mode


Mangsa didukung penduduk kampung keluar dari hutan setelah ditemui selamat pagi tadi.

MUKAH: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Judan di sini sejak pagi Jumaat berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 11 pagi tadi.

Mangsa, Narudin Abdullah, 75, dipercayai masuk ke kawasan hutan sekitar jam 11 pagi Jumaat untuk mencari kayu bagi membuat 'pakak,' sejenis alat tradisional untuk menahan jaring ikan.

Namun, sehingga lewat petang mangsa tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi, menyebabkan ahli keluarganya tampil membuat laporan kehilangannya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.15 malam Jumaat.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah diketuai PPgB Nicholas Belulin kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 12 kilometer dari balai.

"Setibanya di lokasi pada jam 8.28 malam, pasukan penyelamat melakukan penilaian awal sebelum memulakan operasi SAR yang disertai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk Kampung Judan dan Kampung Penat.

"Operasi SAR diteruskan pagi ini (Sabtu) pada jam 8.31 pagi, dengan pasukan SAR dibahagikan kepada empat sektor pencarian," jelasnya.

Sekitar jam 11 pagi ujarnya, mangsa berjaya ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa kemudian dibawa keluar dari kawasan hutan pada jam 12.30 tengah hari dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," tambahnya.

Operasi SAR melibatkan kekuatan seramai tiga anggota bomba bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda, selain sokongan daripada empat anggota PDRM, tiga anggota APM, 20 penduduk Kampung Penat dan 15 penduduk Kampung Judan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035638 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list