View: 1181|Reply: 20
|
[Tempatan]
Ikut Gred Purata Sekolah, Ranking SPM 2024 Banyak Sekolah Berasrama Penuh!
[Copy link]
|
|
Keputusan SPM 2024 yang diumumkan menyaksikan Gred Purata Kebangsaan (GPK) mencatatkan pencapaian daripada 4.60 pada 2023 kepada 4.49.
Menurut sumber laporan My Metro, bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2024 adalah sebanyak 14,179 atau 3.7 peratus.
Ia menunjukkan peningkatan berbanding SPM 2023 dimana 11,713 calon memperolehi keputusan cemerlang. Keputusan yang dicatatkan juga adalah yang terbaik dalam tempoh 11 tahun.
“Keseluruhan pencapaian calon SPM bagi 2024 adalah sangat membanggakan. Ia adalah keputusan SPM terbaik bermula pada 2013 apabila kita memperkenalkan syarat wajib lulus dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah.
“Ini dapat dilihat berdasarkan GPK yang semakin mengecil berbanding beberapa tahun kebelakangan ini. GPK 2024 adalah 4.49, manakala pada 2023, 4.60, untuk 2022, 4.74 dan 2021, 4.86,” ujar Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan.
Pencapaian SPM 2024 antara bandar dan luar bandar juga hanya mencatatkan jurang kecil dimana gred purata calon bandar meningkat sebanyak 0.11 mata, manakala bagi calon luar bandar peningkatan turut berlaku iaitu 0.09 mata.
Ia menyaksikan jurang antara kedua-dua kawasan itu hanya dibezakan dengan 0.2 mata.
Berikut ialah senarai Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2024 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS): |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pada semua pelajar cemerlang SPM2024 |
|
|
|
|
|
|
|
gerun i tengok result SPM SBP/MRSM ni. Tengok STF, INTERGOMB, TKC yang hampir semua dapat straight A's.
Sekolah anak i pun 72 orang dapat 9A & 8A. nombor tu dah separuh daripada jumlah pelajar batch.
i pula yang dari awal tahun dah berdebar sejak anak masuk form 5 |
|
|
|
|
|
|
|
iols baru perasan bebudak SMKA diorang tak ambik Pend. Islam tapi tukar dengan al Quran & Sunnah + Tasawwur tak silap.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau semua orang dapat straight A+, GPS akan jadi 0.00 ke? atau macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn sekolah cina ker ramai straight a... |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 25-4-2025 06:37 PM
iols baru perasan bebudak SMKA diorang tak ambik Pend. Islam tapi tukar dengan al Quran & Sunnah + T ...
Quran sunah
Syariah.
Tasawwur tu open je sesapa non Muslim pun boleyy |
|
|
|
|
|
|
|
arnauld replied at 27-4-2025 08:27 AM
Bkn sekolah cina ker ramai straight a...
Sekola cina tadi meols baca banyak tak skor bahasa cina very the susah nak skor A chuollss
Maybe that why tak dapat straight A ranking |
|
|
|
|
|
|
|
biskutsusu replied at 25-4-2025 04:02 PM
gerun i tengok result SPM SBP/MRSM ni. Tengok STF, INTERGOMB, TKC yang hampir semua dapat straight A ...
Yg dia tunjuk semua sekolah asrama penuh yg mana full package terbaik dari pengetua, guru sampai ke facilities asrama.
Kalau KPM berani tunjuk statistik sekolah harian, itu yg betul. Ini tunjuk sekolah asrama yg mana byk org kaya, berpengaruh masuk situ memang la serba serbi tiptop. |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 27-4-2025 10:22 PM
Yg dia tunjuk semua sekolah asrama penuh yg mana full package terbaik dari pengetua, guru sampai k ...
Tu pasal kenapa kpm tak tunjuk jugak sekharian.. Very the bias eh.. Mencikk |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul.. Alhamdulillah anak iols PQS A+, Syariah Islamiah A- 
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah chuolss
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols duk teka sma yg kat kajang tu masuk list.. nasib baik tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
sma persekutuan kajang / SMAP kajang ke chuols?
tu hah ada masuk list nombor 21
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab dalam mana2 perlumbaan pun orang nak tengok pemenang, jarang ada orang berminat nak kesian pada yang kalah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|