Edited by JoyahMengayah at 6-5-2025 11:40 PM
KUALA LUMPUR – Enggan lagi berselindung, isteri kepada pelakon Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri mendakwa suaminya sudah banyak kali melafazkan talak terhadapnya.
Kata wanita berusia 47 itu, tindakan suaminya itu antara sebab dia mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian yang difailkan pada Februari lalu.
Memang saya yang mohon bercerai, tapi sebenarnya ini bukan permohonan kali pertama. Sebelum ini saya pernah datang ke mahkamah membuat pengesahan lafaz talak yang sudah dilafazkan banyak kali.
“Tapi Edika menafikan semuanya, malah sudah mengangkat sumpah laknat pada Januari lalu, jadi saya teruskan dengan permohonan cerai.
“Disember 2024 juga saya sudah buat pengesahan lafaz cerai dan bulan sama Edika sumpah laknat pun saya sudah naik mahkamah,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.
Pada prosiding sebutan kedua permohonan perceraian itu, lafaz talak hanya dapat dilakukan pelakon terbabit pada 5 Mei ini berikutan Nor Hidayah dalam keadaan tidak suci atau haid.
Pada masa sama, Nor Hidayah berkata dia tiada masalah untuk meneruskan hubungan baik dengan Edika selepas berlakunya perceraian nanti.
“Saya tiada masalah berkawan lagi dengannya sebab saya sendiri untuk selesaikan hal kami secara elok agar orang tidak tahu.
“Tapi dia yang mahu panjangkan (ke mahkamah) dan inilah yang berlaku (jadi perhatian ramai),” ujarnya.
|