View: 60|Reply: 0
|
Wanita sedih kakak ipar marah anak makan udang banyak, menyesal datang rumah
[Copy link]
|
|
Biarpun Syawal sudah memasuki minggu ketiga, media sosial masih meriah dengan perkongsian warga maya mengenai momen indah bersama keluarga serta rakan-rakan terutamanya ketika menghadiri rumah terbuka.
Namun di sebalik kegembiraan dan keterujaan itu, situasi yang sebaliknya pula dialami seorang wanita ini yang meluahkan rasa sedih gara-gara teguran dilontarkan tuan rumah.
Lebih membuatkan hatinya pilu, tuan rumah berkenaan bukanlah kenalan sebaliknya mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.
"Saya sebenarnya berat hati nak pergi tapi sebab suami ajak, tak apalah saya pergi juga. Saya dan kakak ipar tak berapa nak serasi.
Pelbagai juadah yang dihidangkan untuk dinikmati tetamu yang hadir ke rumah terbuka. -Gambar hiasan
"Iyalah mungkin saya dan suami orang susah, lagi pula selalu minta tolong suami dia. Cerita dia macam ni, masa sampai anak-anak dah cakap... sedapnya mama ada udang, ada ayam, ada sate.
"Suami pun cakap... pergilah makan lepas jumpa dan salam paklong dengan maklong. Anak saya memang suka sangat-sangat makan udang tapi saya dah lama tak beli. Iyalah anak ramai, nak beli sikit bukan cukup... kena beli banyak
"Tengah anak makan tiba-tiba kakak ipar datang cakap dengan anak... kau ni tak berhenti makan... sudah-sudahlah makan. Suruh papa kau beli, makanlah puas-puas," kongsinya mengimbas kembali insiden berkenaan.
Tidak pasti sama ada kata-kata berkenaan sememangnya sengaja dilontarkan ataupun berniat untuk bergurau, namun wanita tersebut mengakui hatinya benar-benar terluka bercampur rasa malu.
"Allah... sedih saya dengar. Saya tak kisah dia nak tegur anak tapi janganlah sampai macam tu.
"Saya tarik anak saya dan cakap... takpe nanti ada rezeki, mama dengan papa belikan ya," tulisnya lagi.
Tidak betah terus berada di majlis tersebut, wanita itu berkata dia segera menghantar mesej kepada suaminya untuk mengajaknya pulang.
"Bagi saya walaupun tak suka dengan saya dan suami, janganlah sampai anak-anak jadi mangsa.
"Tak apalah saya berdoa semoga satu hari nanti, saya jadi orang yang senang dan mampu bagi apa saja yang anak-anak saya nak makan," akhirinya.
Perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada warga maya, dengan sebahagiannya meluahkan rasa simpati manakala sebahagian yang lain pula menyifatkan teguran berkenaan sewajarnya diambil daripada sudut positif.
"Sebaiknya puan tak lepaskan anak makan sendiri waima rumah keluarga sendiri. Saya sejak dulu ajar anak adab menziarah.
"Kadang anak-anak ni kalau ibu bapa tak kawal, ambil makanan banyak-banyak lepas tu membazir.
"Kami adik-beradik dulu pun macam tu. Tapi pesanan mak sentiasa diingat, jangan berlebih-lebihan, kena sedar diri," demikian antara komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|