CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 548|Reply: 12

[Dunia] Pope Francis meninggal dunia, umum Vatican dalam kenyataan video

[Copy link]
Post time 21-4-2025 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Pope Francis meninggal dunia, umum Vatican dalam kenyataan video
April 21, 2025 @ 4:32pm

Paus Francis, 88, meninggal dunia pada 21 Mei 2025. - Foto AFP

VATICAN: Paus Francis, pemimpin pertama dari Amerika Latin yang mengetuai Gereja Roman Katolik, sudah meninggal dunia hari ini, umum Vatican dalam satu kenyataan video pada Isnin.

Mendiang menamatkan pentadbiran yang sering bergolak dan dipenuhi ketegangan ketika beliau berusaha merombak institusi yang sudah lama berakar umbi itu.

Beliau yang meninggal dunia pada usia 88 tahun, baru-baru ini berjaya mengharungi serangan serius pneumonia yang kronik.

"Saudara dan saudari yang dikasihi, dengan rasa dukacita mendalam saya mengumumkan pemergian Bapa Suci kita, Francis.

"Pada jam 7.35 pagi ini, Uskup Rom, Francis, telah menghembuskan nafas terakhir," kata Kardinal Kevin Farrell menerusi saluran televisyen Vatican.



Jorge Mario Bergoglio dipilih sebagai paus pada 13 Mac 2013, mengejutkan ramai pemerhati Gereja yang melihat tokoh dari Argentina itu, dikenali kerana keprihatinannya terhadap golongan miskin, dianggap sebagai 'calon luar'.

Beliau berusaha membawa pendekatan sederhana dalam peranan agung itu dan tidak pernah mengambil alih kediaman rasmi mewah di Istana Apostolik seperti pendahulunya.

Sebaliknya, mendiang memilih untuk tinggal dalam kalangan masyarakat, demi 'kesihatan psikologi' dirinya.

Beliau mewarisi sebuah institusi yang diselubungi skandal penderaan seksual kanak-kanak dan perpecahan dalam birokrasi Vatican, dan dipilih dengan mandat jelas untuk mengembalikan ketertiban.

Namun, sepanjang tempohnya sebagai Paus, beliau berdepan kritikan hebat daripada golongan konservatif yang menuduhnya merosakkan tradisi suci.

Pada masa sama, beliau turut dikecam golongan progresif yang merasakan beliau tidak cukup radikal dalam usaha merombak Gereja berusia 2,000 tahun itu.

Di sebalik pergelutan dalaman, Francis menjadi ikon global, menarik kehadiran besar dalam lawatan luar negara beliau, mempromosikan dialog antara agama dan keamanan, serta membela golongan terpinggir seperti pelarian.

Dalam satu keadaan unik zaman moden, dua tokoh berbaju putih berkongsi Vatican untuk sebahagian besar pemerintahan Francis, apabila pendahulunya, Benedict, memilih untuk terus tinggal di Holy See selepas peletakan jawatan mengejutkan beliau pada 2013 yang membuka laluan kepada Paus baharu.

Benedict, tokoh yang dihormati golongan konservatif, meninggal dunia pada Disember 2022, akhirnya meninggalkan Francis sebagai satu-satunya tokoh utama sebagai Paus.

Sehingga Februari 2025, Francis melantik hampir 80 peratus daripada Kardinal pemilih yang akan memilih Paus seterusnya, meningkatkan kemungkinan dasar progresif beliau diteruskan walaupun terdapat tentangan kuat daripada golongan tradisionalis.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa pope sblm dia mati..nak pilih dia tu boring betul.gigihla  aku nengok CNN masa tu kejap2  updated tunggu  asap  putih yg keluar
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 07:01 PM | Show all posts
Kalau ikut orang Kristian dia terus jumpa Jesus ka macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa konpirasi teory if pope mati ai lupa lah berlaku itu ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 08:41 PM | Show all posts
ninja boy replied at 21-4-2025 12:07 PM
Apa konpirasi teory if pope mati ai lupa lah berlaku itu ini

Cuba tnye pengecatbintang
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
May his soul rest in peace. Pope terpaling passionate and dedicated. Heols selalu beri second chance kpd divorcees and LGBTs. Pasni acanerlah pope seterusnya. Cant wait to watch the voting process again
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2025 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 21-4-2025 07:07 PM
Apa konpirasi teory if pope mati ai lupa lah berlaku itu ini

Nostradamus prediction kot,
https://www.dailymail.co.uk/femail/article-14631257/Nostradamuss-eerie-16th-century-prediction-Pope-makes-stark-warning-88-year-old-Pontiff-dies.html

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 11:20 PM | Show all posts
Aku je ke yang nampak "Meninggal dunia pada 21 Mei 2025" tu? Berita dari masa depan ke ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-4-2025 07:01 PM
Kalau ikut orang Kristian dia terus jumpa Jesus ka macam mana?

Setahu aku Roh dalam ajaran Kristian terus jadi debu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 21-4-2025 09:26 PM
May his soul rest in peace. Pope terpaling passionate and dedicated. Heols selalu beri second chance ...

Lepastu ramai malas pergi Church
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 07:26 PM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 21-4-2025 11:20 PM
Aku je ke yang nampak "Meninggal dunia pada 21 Mei 2025" tu? Berita dari masa depan ke ni?

Sebab ko ja kot yang baca caption

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bru lalu tdi cartoon simpson ramal paus mati 2025, mcm paus philipine lak ganti
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikut beberapa nama kardinal yang sering disebut-sebut berpotensi menjadi Paus selepas Pope Francis (dipanggil juga papabile):



1. Kardinal Peter Turkson (Ghana)
        •        Dikenali sebagai seorang yang berpengaruh dari Afrika.
        •        Pernah mengetuai Pontifical Council for Justice and Peace.
        •        Fasih dalam banyak bahasa dan sangat aktif dalam isu keadilan sosial.

2. Kardinal Luis Antonio Tagle (Filipina)
        •        Salah seorang tokoh paling popular dari Asia.
        •        Kini menjawat jawatan penting di Vatican sebagai Pro-Prefect for Evangelization.
        •        Dipandang sebagai “Pope Francis versi Asia” kerana gaya sederhana dan penuh belas kasihan.

3. Kardinal Matteo Zuppi (Itali)
        •        Presiden Persidangan Uskup Itali.
        •        Dikenali dengan pendekatan yang terbuka, diplomatik dan menyokong dialog antara agama.
        •        Mempunyai pengaruh kuat di kalangan gereja Itali.

4. Kardinal Christoph Schönborn (Austria)
        •        Pernah mengetuai penulisan Catechism of the Catholic Church.
        •        Dihormati dalam kalangan intelektual Gereja Katolik.
        •        Umurnya agak lanjut (lebih 70-an), jadi kurang kemungkinan dipilih.

5. Kardinal Jean-Claude Hollerich (Luxembourg)
        •        Rapporter kepada Synod on Synodality, agenda besar Pope Francis.
        •        Dikenali kerana pandangan progresif dalam pelbagai isu, termasuk terhadap belia dan keluarga moden.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.093830 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list