CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 9

[Dunia] Penyu jadi sumber makanan terakhir di Gaza

[Copy link]
Post time 21-4-2025 01:05 PM | Show all posts |Read mode




GAZA CITY: Situasi yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza menyaksikan bekalan makanan di wilayah itu kian terhad sehinggakan ada sesetengah keluarga terpaksa menjadikan penyu sebagai sumber makanan terakhir.


Penduduk Palestin akan membersihkan mana-mana penyu yang termasuk dalam jaring ikan dengan membuang cengkerangnya sebelum daging hidupan laut itu dipotong dan direbus sehingga masak bersama bawang, cili, tomato dan rempah.


“Anak-anak kami takut dengan penyu itu, jadi kami beritahu mereka rasanya sedap seperti daging lembu. Ada yang sanggup makan, ada juga yang enggan,” kata Majida Qanan sambil memerhatikan kepingan daging merah yang direbus di atas api kayu.


Tanpa pilihan lain, ini kali ketiga Majida yang berusia 61 tahun menyediakan hidangan berasaskan penyu untuk keluarganya.


Selepas 18 bulan perang dahsyat berlangsung dan sekatan bantuan Israel sejak 2 Mac, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang krisis kemanusiaan terburuk yang dihadapi 2.4 juta penduduk wilayah Palestin itu.


Ketua 12 pertubuhan bantuan utama memberi amaran bahawa kebuluran bukan sekadar risiko, tetapi sedang berlaku dengan pantas di hampir semua kawasan di wilayah tersebut.


Penyu laut dilindungi di peringkat antarabangsa sebagai spesies terancam, namun penduduk Gaza terpaksa menjadikan penyu yang terperangkap di dalam jaring sebagai sumber makanan.


Majida beritahu, dia membersihkan daging penyu dengan campuran tepung dan cuka sebelum membilas dan merebusnya dalam periuk logam usang.


“Kami tak pernah menyangka makan penyu. Sejak perang bermula, makanan semakin sukar didapati. Tiada daging, ayam mahupun sayur, jadi (daging penyu) menjadi pengganti protein,” kata nelayan, Abdel Halim Qanan. - UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah bebaskan Palestin dan Gaza..beri kemudahan dan kemurahan rezeki juga kesihatan yang baik2 pada mereka..semoga iman mereka tetap pada Mu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalaulaa aku ada kuasa.. aku tarik je setanyahuuu.tuuu pas tuu suruh buat live gencatan senjata.. pas tuu aku bom tmpt senjata yahudi tuu.. hamas ke patah ke zionis aku rendam dlm laut.. settle masalah.. tak mo perang dah.. yahudi jahat aku buang.. tinggal yg baik sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. kau mudahkan urusan hambaMu di sana
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah lindungilah umat Islam di Gaza dan Yaman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 12:41 PM | Show all posts
Ya Allah kesiannya. haritu dah ceasefire dah boleh berniaga ape semua
lepastu supplier dah tak boleh masuk
yang dekat sempadan mesir pun dah bising sebab tak boleh nak tolong dorang
sedihnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2025 04:29 PM | Show all posts
Tok moh kat Malaysia dan pesantren Indon sana tak bole ke hantar santau angin kat setanyahu tu ek? Ke setanyahu punyai setan yg lagi power dari setan setan nusantara? ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 12:33 PM | Show all posts
Apa mazhab dorang ni makan penyu? Yang aku tau tok arab ni udang pun haram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated: Apa mazhab dorang ni makan pen ...
Decaffeinated: Apa mazhab dorang ni makan pen ...


dah boleh kira darurat kot xdak makanan lain.
yg shiah xmakan udang tu ikut yahudi kosher.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 03:57 PM | Show all posts
intan244 replied at 28-4-2025 10:58 PM
dah boleh kira darurat kot xdak makanan lain.
yg shiah xmakan udang tu ikut yahudi kosher.

Kalau masih boleh kelaut tangkap lah ikan, buat apa tangkap penyu? Banyak sangat ka penyu di Gaza. Mungkin ini lah yang di katakan propa tak beragak the gullible terus telan tanpa kunyah.

btw tok arab yang aku jumpa kecoh2 tak makan udang ni macam sunni ja.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.067081 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list