CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 6

Fattah Amin rai sejuta pengikut TikTok, gambar Amira Othman terselit dalam video

[Copy link]
Post time 21-4-2025 09:50 AM | Show all posts |Read mode


Fattah Amin sekali lagi menjadi topik bualan hangat netizen dalam media sosial apabila menyelitkan rakaman bersama penyanyi Amira Othman dalam sebuah video bagi meraikan kejayaan meraih sejuta pengikut TikTok.

Menerusi video yang dikongsi, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, memasukkan beberapa potongan video momen manis yang berlaku dalam hidup sebelum ini termasuk drama lakonannya dan ketika bersama Amira.

“Alhamdulillah syukur tiada apa selain ucapan terima kasih kepada anda semua,” katanya dalam ruangan kapsyen.



Feb25Sementara, Amira juga turut meninggalkan komen dengan ucapan tahniah kepadq Fattah selain bertanya tentang kewujudan fotonya dengan menggelar dirinya sebagai rakan sekerja.

“Tahniah! Tetapi kenapa ada gambar rakan sekerja awak?

“Semoga Fattah Amin terus murah rezeki, menjadi orang baik tetapi tak ada lagu lain ke? Carilah lagu yang ada melodi sikit,” ujarnya.

Komen tersebut seterusnya mengundang usikan nakal netizen yang semakin hari semakin teruja melihat perkembangan hubungan Fattah dan Amira.

  


“Kenapa Amira sahaja yang ada dalam video tersebut? Nampak sangat sebagai orang istimewa.

“Eh terkejut hanya ada Amira dan Fattah sahaja dalam video itu. Orang lain memang tak wujud ke dalam dunia cinta mereka?

“Wajah Amira dalam video Fattah seperti menjawab semua persoalan. Sedikit demi sedikit Fattah beri ‘hint'” usik netizen.



Terdahulu, hubungan Fattah dan Amira mula mendapat perhatian ramai sejak hujung tahun lalu. Mereka berdua juga sering tampil sedondon sewaktu mempromosikan jenama baju raya terkenal.

Fattah turut menafikan desas desus dia akan menamatkan zaman dudanya bersama Amira dalam masa terdekat.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 09:20 AM | Show all posts
mcm biasa abdul kayu menunggang selagi boleh....lepas tu senyap mati kutu & biarkan keledek2 menggelitat ship drama dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasar jantan xsampai dua hari dh dpt partner baru choiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 10:41 AM | Show all posts
geletisnya.... bosan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 10:52 AM | Show all posts
biasa la dia .. mna boleh naik tnpa orng lain .. mesti juga menonggang hal cintan cintun ... smpai kesudah bakat ke laut dlm. dh itu yg keledek2 & fans dia gilakan .. itulah yg dia bg .. lps tu masing2 sujud syukur . padahal cr rezeki pun dgn cara x betul .
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 11:09 AM | Show all posts
ok lah broh....onzz

jangan tuduh kami tersakit ye bila kami sokong Fattmira!

Rakan artis sokong.
Keledek sokong.
Haters pun sokong.

Rasa nya MJ keledek pun sokong

ape lagi broh...
jaaangan tunggu lama lamaa....nanti di ambil orang.
Orang kampung semua dah tahuuuu....



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dasar jantan pikir guna kepala bawah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052214 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list