View: 1224|Reply: 7
|
Ben Ladin mengamuk dengan mak ayah, terkejut dapat tahu dua adik sudah tak sekolah!
[Copy link]
|
|
Ben Ladin sekali lagi meluahkan perasaan marah terhadap pihak yang didakwa mengabaikan tanggungjawab dalam mendidik dan membesarkan dua orang adiknya.
Dakwa Ben atau Muhammad Benladin, 24, berkata, adik-adiknya yang berusia 12 dan lapan tahun tidak bersekolah dan diabaikan.
Kata Ben, dia ada meninggalkan sebuah kereta dengan harapan dapat digunakan untuk menghantar mereka ke sekolah namun sebaliknya yang berlaku.
"Kereta aku tak pernah tuntut sebelum ini fikirkan adik-adik nak sekolah.
"Sampai hari ini aku dapat tahu adik aku tak sekolah. Seorang dah 12 tahun, seorang lagi 8 tahun," katanya.
Ben meluahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.
Dalam hantaran sama, penyanyi berkenaan mendakwa pihak yang tidak dinamakan itu melakukan penipuan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Kata Ben, individu tersebut sanggup berbelanja mewah namun tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.
"Scam duit orang sampai beratus ribu.
"Adik aku tak sekolah. Belanja mewah boleh. Roadtax kereta mati, saman berlambak. Kereta hancur," luahnya.
Pada Jumaat lalu, Ben mengejutkan peminat apabila secara terbuka mendedahkan sikap ibu bapanya yang didakwa menipu wang orang lain.
Apa yang lebih menyedihkan penipuan itu bukan sahaja menggunakan namanya tetapi kini dia terpaksa menanggung hutang apabila mangsa datang mencarinya meminta ganti rugi.
Tidak tahan terus menjadi mangsa keluarga sendiri, Ben membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 hal pon kalau betul benda ni jadi, kesian kat adik2. Walaupon kita ni percaya pada takdir & rezeki tapi kita x boleh nafikan kepentingan pendidikan asaa. Nak homeschool boleh, tapi kena la proper homeschool. Bukan simpan budak kat rumah dengan harapan budak belajar survival skill sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
macam nasib kebanyak artis korea |
|
|
|
|
|
|
|
ben ladin ni pun dulu homeschool kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ben ni dulu geng promo kopi tuah ke kopi jebat tu punya scheme kan... Member aku antara yg aku nmpak join. Kat pantry office penuh kopi tu. Biasa je pun... Apa jadilah ahli2 tu skrg... Agaknya termasuk dlm yg discam mak ayah ben ni lah... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni konpius kekadang Benladin ni macam kes Adiputra, jenis homeschool, kena perah kerja, muka pun lebih kurang masa kecik, kawin awal... pastu mak bapak scammer jual kopi, kapsul, kismis bagai, pastu MLM... macam dejavu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
beberapa tahun lepas (sebelum covid) iols dan colleague nak ke open house company.pastu order grab.
borak2 dgn driver tu, dia cakap anak dia si ben ladin ni la.
masa tu dia cerita anak dia nak bisnes
entah la, sampai sudah tak dengar pulak bisnes tu jalan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian Ben dan adik-adik dapat parents toxic giler, bertabahlah Ben je yg dapat bantu sekolahkan semula adik-adik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|