CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 1

[LAIN-LAIN] Ulasan When Life Gives Your Tangerines

[Copy link]
Post time 20-4-2025 05:13 PM | Show all posts |Read mode


Kalaulah saya tahu When Life Gives Your Tangerines (WLFYT) dibikin oleh pengarah yang sama menghasilkan My Mister – meraih Drama Terbaik Baeksang Arts Awards ke 55, mungkin ulasan ini akan tiba lebih awal. Walaupun kali ini, penulis skripnya orang berbeza namun ada sesuatu daripada Kim Won-seok yang begitu ajaib ketika menciptakan genre slice of life. Ia dalam, padat, menyentuh dan selalu meninggalkan kita dalam diam yang panjang.


Kim dan pasukannya mengambil dua zaman berbeza sebagai latar, iaitu kehidupan Oh Ae-sun di era 60-an dan bagaimana ia seperti roda berputar, berpindah takdir kepada anaknya Geum-myeong pada era 2000 ketika menghadapi beberapa situasi. Kedua-dua karakter ini dijayakan penuh cemerlang oleh pelakon dan idol popular Korea Selatan, IU.


Ketika di TikTok masing-masing berdoa agar dikurniakan lelaki seperti Gwan-sik, iaitu suami Ae-sun. Saya fikir ia adalah keinginan yang wajar. Dalam cerita ini, Gwan-sik saya anggap sebagai revolusioner tanpa dia sendiri mengetahuinya.




Di Korea Selatan, patriarki masih kental di era 60-an, tambahan pula Korean National Council of Women (KNCW) baru ditubuhkan pada 1959 masih mencari fungsi dan keyakinannya dalam  masyarakat.


Seperti yang anda saksikan dalam siri ini. Selalu ada kasta – suami isteri tak boleh makan di meja yang sama.


Lelaki harus makan dengan ibunya melambangkan kekuasaan dalam institusi kecil. Dalam jurnal Patriarchy in East Asia oleh Sechiyama Kaku, dia menulis bahawa masyarakat di era 60-an masih terikat dengan prinsip ‘namjon yeobi’ bermaksud ‘ibu bijaksana, isteri yang baik’ dan nilai-nilai ini diukur dengan bagaimana mereka mempertahankan kuasa lelaki.




Ketika itulah Gwan-sik hadir, melawan semua fahaman itu. Makan semeja dengan isteri dan menolak tahyul kononnya anak perempuan tidak boleh masuk ke dalam bot kerana tangkapan akan berkurang. Dia mempertahankan keluarga, menunjukkan sisi rapuh di hadapan isteri, menjadi jujur dengan perasaan dan paling penting, merasakan impian isterinya, Ae-sun adalah cita-citanya juga.


Ketika di era itu lelaki merasakan isteri harus di belakang menyokong suami, tapi Gwan-sik berpaling ke belakang, bertanya apa pula yang dimahukan isteri. Walaupun ketika itu impian Ae-sun sangat janggal untuk wanita di zamannya iaitu  menyertai politik.


Setiap karakter dalam drama ini ditampilkan sangat multidimensional, pelbagai sudut dapat dilihat dan mesej untuk dicerap. Ia juga menunjukkan bahawa ibu bapa walaupun tidaklah semewah dan kaya, tapi mereka akan selalu melakukan apa sahaja agar anak-anak tidak perlu melalui jejak susah yang pernah dilewatinya.




Jika kita tidak memiliki sesuatu yang besar dalam hati kita, kita akan selalu memperbesarkan hal yang kecil untuk menunjukkan kepada orang kekuasaan kita. Setidaknya, itulah yang terjadi kepada mereka yang insecure.


Jika tidak cukup lagi, mereka akan mula mengambil langkah menjatuhkan orang lain. Mereka akan melolong lebih kuat, menjaja buruk orang lebih rancak sedangkan walau ular menyusur di akar, tidak akan hilang bisanya.


Tapi menerusi When Life Gives Your Tangerines, sikap-sikap itu tiada dalam keluarga kecil Gwan-sik. Saya berterima kasih kepada drama ini dan seluruh pasukan penerbitan kerana di tengah dunia serba tegang dengan tarif, peperangan, gempar, banjir dan kebakaran. Naskhah ini memulangkan kita kepada satu keadaan, kita semua akan pergi. Apa yang ditinggalkan hanyalah ingatan kepada budi. Itulah sebenar-benarnya sebuah abadi. - UTUSAN




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 11:02 AM | Show all posts
best la cerita ni serius pegilah tengok.  boleh gelak boleh nangis puas hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 05:13 PM GMT+8 , Processed in 1.314850 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list