CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1577|Reply: 34

[Jenayah] Ada Sniper Dekat Bumbung, Malaysia Tutup Jalan 3 Hari Sebab Nak Bagi Laluan Dekat Presiden China Datang Melawat!

[Copy link]
Post time 17-4-2025 08:15 AM | Show all posts |Read mode


Ketika ini, Presiden China, Xi Jinping bersama beberapa menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanannya sedang mengadakan lawatan di Malaysia selama tiga hari bermula semalam (15 April) sehingga 17 April.

Kehadiran pemimpin negara Tembok Besar itu menyebabkan beberapa kawasan jalan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya terpaksa ditutup sementara waktu untuk memberi laluan kepada delegasi berkenaan.

Penutupan jalan sementara telah menyebabkan berlakunya kesesakan sekali gus menimbulkan persoalan daripada segelintir individu mengenai sebab perkara terbabit dilakukan.

Malah ada yang mengkritik kerajaan dan pihak berkuasa kerana seolah-olah mahu menyusahkan rakyat, walhal ianya bersebab.

Susulan itu, seorang pencerita dan penulis buku dikenali sebagai Azmi Jamaludin tampil berkongsi berhubung perkara itu.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Azmi berkata penutupan jalan dilakukan bukanlah untuk menyusahkan rakyat, sebaliknya demi menjaga keselamatan pemimpin kedua paling berkuasa di dunia itu.

“Pemimpin China ini boleh dikatakan sebagai ‘high risk target’ maksudnya beliau ini antara pemimpin yang paling banyak musuh,” katanya.

Pemimpin negara kuasa besar ada protokol keselamatan paling tinggi

Menurutnya, negara-negara kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat mempunyai protokol keselamatan paling tinggi apabila pemimpinnya membuat lawatan ke luar negara.

“Sniper atas bumbung, drone, helikopter, kereta kalis peluru, laluan khas, semua ini kena ada. Satu sahaja kesilapan boleh jadi krisis diplomasi antarabangsa.

“Sudah 15 tahun China jadi rakan dagang terbesar Malaysia. Antara pelaburan besar China adalah projek ECRL (East Coast Rail Link),” katanya lagi.

Jelas Azmi lagi, lawatan Xi pada kali ini juga amat penting bagi Malaysia dan juga Asean terutamanya selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan tarif mengejut baru-baru ini.

Keselamatan Presiden China dijaga demi ekonomi dan kedaulatan Malaysia

Dalam pada itu, bekas juruterbang Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Ezairol Rezan Zainol turut tampil di Facebook menjelaskan mengenai sebab Malaysia begitu menitik beratkan soal keselamatan Xi.

“Kita bukan menjunjung negara komunis, tapi kita sedang menggunakan budi bicara, bahasa halusnya diplomatik untuk menjaga ekonomi dan kedaulatan negara,” kata Mohd Ezairol.

Ujarnya, jika sesuatu berlaku kepada Presiden China, banyak kemungkinan yang mungkin boleh terjadi dan berlaku dalam sekelip mata.

Antara kemungkinan yang disenaraikan oleh Mohd Ezairol adalah:

    Hubungan diplomatik akan terjejas
    Perdagangan antara kedua negara mungkin terhenti serta merta
    Tentera China mungkin akan datang dan gunakan alasan balas dendam untuk menduduki kawasan-kawasan kita yang terletak dalam 9 dash line.
    Ketegangan memuncak di Laut China Selatan

“Bila perkara sebegini terjadi, ekonomi kita mungkin akan runtuh dan terjejas dengan teruk. Masa tu, silap-silap ramai yang akan hilang kerja,” katanya lagi.

1,089 anggota dan pegawai polis ditugaskan kawal keselamatan trafik

Untuk info, seramai 1,089 anggota dan pegawai polis ditugaskan bagi kawalan keselamatan dan trafik sempena lawatan rasmi Xi ke Malaysia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kawalan keselamatan itu bagi memastikan lawatan berkenaan berjalan lancar.

“Penutupan sepenuhnya laluan yang terlibat adalah satu keperluan ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) keselamatan bagi acara-acara penting terutama membabitkan pemimpin negara,” katanya dipetik Sinar Harian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2025 08:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2025 08:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak Kut Teh tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm x btl je kata china bnyk musuh. Aku Rs Israel lg bnyk musuh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Laut china selatan gaduh pilipin gaduh Taiwan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2025 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 17-4-2025 08:40 AM
Mcm x btl je kata china bnyk musuh. Aku Rs Israel lg bnyk musuh.

Ada ke PM israel nak dtg mesia nok?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 09:34 AM | Show all posts
otai_g replied at 17-4-2025 08:40 AM
Mcm x btl je kata china bnyk musuh. Aku Rs Israel lg bnyk musuh.

dia kan no 2 dalam dunia, of course ramai musuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 09:40 AM | Show all posts
ala...dulu2 obama datang pon mcm ni jugak...masa dia visit taylors kat ats2 bangunan ada sniper..namapon world leader mestilah extra security..nanti apa2 jadi nama negara kita yg buruk, semua takut nak dtg effect banyak benda..bertabah jela dalam 3-4 hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 10:29 AM | Show all posts
yang memekak tu 50% tak terlibat pun dalam kejadian..
i pernah rasa masa asean 2005 ke i kerja kl..
jalan tun razak jalan ampang klcc tak bergerak..
ajer menyumpah pusing sana stuck pusing sini stuck..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 10:38 AM | Show all posts
lerrr..sniper kat bumbung tu masa hari kemerdekaan pun ada laa.tapi gila pjg konvoi masa dia dtg istana negara smlm.siap ada basor mini bus?2  ketul ambulance bagai.veri de diva
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 10:44 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 17-4-2025 10:29 AM
yang memekak tu 50% tak terlibat pun dalam kejadian..
i pernah rasa masa asean 2005 ke i kerja kl..
...

xi jinping neh masa najib pun ada dtg kan?aku rasa sama je la sop nyer.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak hensem langsung pm Mesia XJP rilek aje rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sniper Elite...best main game ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 12:19 PM | Show all posts
Skuau replied at 17-4-2025 12:02 PM
Sniper Elite...best main game ni....

real sniper kena meniarap berjam-jam... tak best manalah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak den smp demam blk smlm dr keje..kene sidai hampir 3 jam dlm trafik di.Putrajaya..kalau ari biasa..20 minit je dr umah ke opis...mmmmmm sian akak.den...dahla dia xsihat mn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 12:41 PM | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 17-4-2025 12:26 PM
Akak den smp demam blk smlm dr keje..kene sidai hampir 3 jam dlm trafik di.Putrajaya..kalau ari bias ...

wooo drpd pukul berapa ke berapa tu

iols smlm keluar opis 6.30 ptgpkl 9 mlm baru smpi rumah
yg hari biasa boleh 15 - 20 min je





Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 17-4-2025 12:26 PM
Akak den smp demam blk smlm dr keje..kene sidai hampir 3 jam dlm trafik di.Putrajaya..kalau ari bias ...

Xde jalan alternatif lain ke
Sbb rasanya dorang dah war2 kan awal2 pasal penutupan jalan ni.
Iols baca komen org suh pandai2 la korang guna jalan lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 01:12 PM | Show all posts
patut 3 hari tu keraajaan blh umum buat WFH atau bagi je coti peristiwa kannn kat badan kerajaan n swasta..xde lah org bising jln jem..haa gituuu

duk rmh mkn sekut raya..sambil2 on kol n gugel meting..bijak x ambo
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-4-2025 04:44 AM
Xde jalan alternatif lain ke
Sbb rasanya dorang dah war2 kan awal2 pasal penutupan jalan ni.
Iols  ...

Bukan masalah takda jalan lain, jalan lain pun tutup. Main jalan nak keluar putrajaya nak ke puchong, sepang, nilai yg tutup, tu teruk.

Hari dia sampai lagi kesian, hujan lebat, sampai pula betul2 lepas working hour, perghhh jammed dia, nak nangis tengok dari rumah. Iols 3 hari tak keluar rumah, malas aku nak hadap jammed.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.308861 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list