Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 30 tahun didenda RM25 atau tiga hari penjara kerana mengugut untuk mencederakan teman wanitanya.
Razi Jess mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin pada Khamis kerana mengugut dan menyebabkan kecederaan terhadap Parhanah, 28, di tepi jalan Hospital Queen Elizabeth I, di sini, pada 10 April tahun ini, jam 10.20 malam.
Kesalahan t di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sabah itu memperuntukkan denda RM25, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, teman wanita Razi berang dan menampar Razi, yang membawa kepada tindakan Razi menampar, menendang dan mengugut teman wanitanya dengan kata-kata, “Saya tak peduli kalau kau mati, mati sajalah”. - Harian Ekspres
|