CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1227|Reply: 27

[Tempatan] Pendakwah bebas diperintah bayar Khairy Jamaluddin RM2.5j

[Copy link]
Post time 18-4-2025 11:35 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Seorang pendakwah bebas, Mohd. Rasyiq Mohd. Alwi diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas membenarkan saman bekas Ahli Parlimen Rembau itu.


Mahkamah turut memerintahkan Mohd. Rasyiq selaku defendan membayar kos sebanyak RM50,000 terhadap plaintif.


Pada 25 Januari 2022, Khairy yang memfailkan saman tersebut selaku plaintif dan atas kapasiti peribadi mendakwa Mohd. Rasyiq telah memfitnahnya berhubung Program Vaksinasi Negara dan vaksin serta dos penggalak yang diterimanya.


Pernyataan tuntutan bekas Ahli Parlimen Rembau itu mendakwa, Mohd. Rasyiq telah memfitnah Khairy melalui empat kenyataan berbaur fitnah, menyiarkan tiga video serta satu gambar di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’ pada 20 Oktober 2021, 6 dan 10 Januari 2022.


Antara kenyataan berbaur fitnah tersebut merujuk kepada vaksinasi Covid-19 yang diterima Khairy dan syarat vaksinasi bagi mereka yang akan mengerjakan umrah.


Plaintif mendakwa, kenyataan berbaur fitnah yang dibuat oleh defendan antara lain menggambarkan Khairy berbohong dan menipu orang ramai bahawa beliau telah diberi vaksin Covid-19 serta menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.


Khairy mendakwa, ekoran penerbitan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah tersebut, beliau telah dibenci oleh orang awam, reputasi dan kredibilitinya terjejas serta menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap dirinya.


Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar ganti rugi am, teladan dan teruk yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.


Turut dimohon ialah perintah agar Mohd. Rasyiq memadamkan kesemua kenyataan, video dan gambar yang berbaur fitnah tersebut daripada laman sosial miliknya dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghakiman diterima serta perintah larangan agar kesemua bahan tersebut tidak disiarkan atau diterbitkan semula oleh Mohd. Rasyiq atau ejennya dalam apa juga bentuk sekalipun.


Khairy turut memohon permohonan maaf daripada pendakwah itu dalam bentuk video dan teks yang akan disiarkan di kesemua laman sosial milik Mohd. Rasyiq selama 30 hari yang boleh diakses oleh orang awam.


Plaintif turut memohon faedah sebanyak lima peratus ke atas jumlah ganti rugi setahun bermula dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh serta relif-relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – UTUSAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri cari penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana dpt duit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 11:51 AM | Show all posts
Disebabkan hanya beberapa minit perkataan...rugi duit kita
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
jenuh laaa
hrp ustaz ni kaya raya la
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 12:30 PM | Show all posts
Siaplah KJ kena chop anti Islam. Bila pendakwah mengomen automatik ia jadi isu Islam tau.

Aku pernah persoal apa kepakaran Ridhuan Tee mengomen pasal isu penerokaan tanah secara haram terus kena label munafiq oleh lobai Cari diiringi tepukan semangat geng.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2025 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Akibat mulut badan binasa. Mesti buat rayuan nanti duit juta2 nak cari mana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 01:17 PM | Show all posts
padan muka!  harap gelaran je setad, tapi bercakap fitnah!  nanti adalah taksub2 agama yang kata konon, islam ditindas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 02:30 PM | Show all posts
Bergentayangan di medsos, Mohd. Rasyiq ni oram parti Isele.
Tah betui tah tidak.

Kalu betui, buleh la masuk carta terpaling tinggi kena bayar saman pitenah.
Kalu tak betui, sila abaikan posting ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat rayuan, file bankrupt, pastu buat repayment plan. Byar ikut potongan gaji ke. Ptutnyaa kalau dah rasa klah tu, sbelum tu lgi kne hrta pindah ke istri. Ni dh lmbat
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 03:20 PM | Show all posts
meanwhile org PAS tak mengaku ustaz ni walaun. Deme kata ustaz ni walanon. kehkehkeh
Gitu le bila mulut dan otak tak berhubung tak pasal2 kena bayar juta2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 03:21 PM | Show all posts
Meanwhile, org PAS tak mengaku ustaz ni walaun. Deme kata ustaz ni walanon. kehkehkeh
Gitu le bila mulut dan otak tak berhubung tak pasal2 kena bayar juta2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 05:01 PM | Show all posts
cam biasa.. pass tin milo
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 05:33 PM | Show all posts
Tak boleh ke pilih hidup tenang2? Duit sejemput tu simpan dlm ASB? Tapi nak jugak pilih masalah yg penting puas hati dpt fitnah org...

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 06:17 PM | Show all posts
Kaum lain bersatu rapatkan saf, perjuangkan hak, rebut peluang dan lain-lain. Kalau tak sama fikiran  pun  tak payah gaduh.
Yang ni banyak masa turun naik court, banyak duit bayar saman.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-4-2025 12:30 PM
Siaplah KJ kena chop anti Islam. Bila pendakwah mengomen automatik ia jadi isu Islam tau.

Aku perna ...

Bila dia persoal acik Trump ke siapa pasal dasar terhadap Muslim dan penyokong tegar Trump serang pakai argument teroris, tau pulak marah dan kata tu argument bodoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu le... Kalau rasa tak mampu tu jgn jolok sarang tebuan walaupun rasa handal sgt dah. Lu sapa dia sapa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz kacang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 07:44 PM | Show all posts
Patutlah biasa dengar lebai selalu berkata.. jangan buat itu jangan buat ini nanti jatuh fitnah. Ternyata cara Kehidupan mereka memang suka memfitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 07:45 PM | Show all posts
Kalah saman fitnah: Korek tabung vaksin jawabnya, kata Abu Syafiq

Diterbitkan:  Apr 18, 2025 3:50 PM Dikemaskini: 4:27 PM

Penceramah bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebagai sebagai ujian.

Menulis di Facebook susulan keputusan itu, dia yang dikenali sebagai ustaz Abu Syafiq mengucapkan syukur dengan ujian tersebut.



“Alhamdulillah untuk diri sendiri. Nak kena cari RM2.5 juta pula.

“Korek tabung vaksinlah jawabnya. Ok nanti saya cari ya, syukur dengan ujian,” katanya.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Khairy memperoleh ganti rugi RM2.5 juta selepas menang dalam kes saman terhadap Mohd Rasyiq berhubung vaksin Covid-19 yang dimuat naik di media sosial, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas membenarkan saman fitnah difailkan Khairy, 49, yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau selaku plaintif terhadap Mohd Rasyiq, 45, sebagai defendan.

Hakim itu turut memerintahkan defendan membayar kos RM50,000 kepada plaintif.

Pada 25 Jan 2022, Khairy menyaman Mohd Rasyiq atas dakwaan memfitnahnya dengan membuat beberapa kenyataan fitnah termasuk menyiarkan tiga video dan gambar di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’ pada 20 Okt 2021 serta pada 6 dan 10 Jan 2022.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya dia berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa dirinya telah diberi vaksin Covid-19 serta menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059899 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list