CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1171|Reply: 40

[Jenayah] "Tudung Shawl Tak Boleh Pakai" - Pelajar Makin Malas Nak Pergi Jamuan Raya Sebab Peraturan Sekolah Makin Lama Makin Bangang!

[Copy link]
Post time 18-4-2025 08:17 AM | Show all posts |Read mode


Seorang pelajar sekolah meluahkan rasa tak puas hati peraturan sekolah ketika jamuan raya sekolah.

Menurutnya, dia sudah semakin bosan mahu ke jamuan raya di sekolah kerana peraturan ketat yang dianggap ‘semakin bangang’.

Dia bengang sebab tidak dibenarkan berdandan, memakai shawl dan terpaksa memakai kasut sekolah.

Jamuan raya sekolah ada peraturan ketat

“Sekarang makin malas pergi jamuan raya sekolah, sebab peraturan sekolah semakin lama semakin bangang.

“Kita nak bergembira, tetapi nak makeup sikit pun tak boleh. Tudung shawl pun tak boleh pakai, telefon tidak boleh bawa masuk.

Pelajar Ini Akui Semakin Meluat Dengan Jamuan Raya Sekolah Kerana Peraturan Semakin 'Bangang'

“Kasut wajib kasut sekolah, baik tak payah buat jamuan sahaja,” tulis pelajar itu.

Kenyataan itu mendapat perhatian netizen. Yang mengingatkan pelajar tersebut bahawa: “Dah nama pun jamuan raya sekolah, ikutlah peraturan sekolah.”

Yang lain berkata: “Aku tak kisah langsung pasal tak boleh berdandan, atau bawak telefon, yang penting hari itu, tak perlu bawa buku. Tak ada belajar.”

Pelajar Ini Akui Semakin Meluat Dengan Jamuan Raya Sekolah Kerana Peraturan Semakin 'Bangang'

Netizen seterusnya juga mendedahkan bahawa pada zaman mereka sekolah dahulu, memang tak kisah langsung pasal baju raya untuk jamuan raya.

“Yang penting hari itu tak payah belajar, itu pun dah bahagia sangat,” tulis Jasmeen.

Yang lain  menambah: “Kalau hari tersebut ada acara tertentu, tak belajar, hari itulah hari paling teruja nak pergi ke sekolah.”

Menurut netizen lagi, peraturan jamuan raya sekolah ini memang sudah lama diamalkan. Dan tiada masalah langsung dengan peraturan  tersebut.

Tidak kurang juga yang melabel pelajar tersebut tidak bersyukur dengan nikmat yang dia ada, diberikan peluang untuk jamuan raya sekolah.

Sambil yang lain mencadangkan agar pelajar tersebut buat sahaja rumah terbuka hari raya di rumahnya dan jemput pelajar dan guru dari sekolahnya datang ke jamuan tersebut. Dengan itu semua orang boleh memperagakan baju raya masing masing.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2025 08:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2025 08:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2025 08:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2025 08:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 08:40 AM | Show all posts
sekolah anak aku.. masih dibenarkan pakai baju raya, kasut raya, shawl..

syarat - tak ketat.. x terbelah.. tak nampak leher ke.. pakai helok2.. kang tak pepasal kau kena halau.
siap edarkan kat wasap group parents lagi etika berpakaian majlis hari raya sekolah.

arini majlisnya. anak aku pakai pario.. tapi dalam pakai inner pants n stokin. so takde timbul isu seksi ke apa.. No make ups.. light2 lipstick okla nampak natural.. budak2 kulit helok.. ko nak tepek beria tak payahla
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2025 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
entah laa...maybe zaman dah berubah takleh buat rules mcm dulu lg. jamuan raya pakai seragam sek mcm biasa bezanya bawak kueh2 dari rumah+tak bljr. masa iols sek men jamuan kat hostel (dah semua stay hostel) pun sama pakai baju seragam tp yg hostel punya kami pgl baju batik kot (lupa dah).
apa2 je la...janji happy jangan la sampai taknak pergi sbb kehadiran still diambil mcm ke sek biasa. tak bljr satu hari kat sek happy apa
motip benda camni pun nak merungut??
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 08:55 AM | Show all posts
rules berbeza beza ikut sekolah awat x centralizekan...ada sekolah siap jemput artis boleh menari sama-sama atas pentas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengaps banyak yang protes ..bukankah ini aliran agama islam terbaru ISLAM MADANI yang paling Terbaik di mata Allah .,.

Tahniah kepada anda semua...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah rendah selalu tak rigid sangat sebab budak2 kan. Asal sopan dan menutup aurat. Budak sekolah rendah pun dah pandai lilit shawl terbelit. Ada yang mak siapkan. Masalahnya sikit2 nak pergi toilet betulkan tudung.
Mungkin sekolah menengah kena relax sikit kot. Bagi je la budak melaram setahun sekali dengan kawan2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 09:19 AM | Show all posts
pagi td hantar anak aku pi sekolah (sekolah menengah).. semua pun cantik2, hensem2, comel2 pakai baju raya.. lelaki biasalah kan baju melayu dgn sampin. pompuan yg macam2 fesyen baju kurungnya.. tapi rileks je dorg pakai kasut sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 09:21 AM | Show all posts
ngada2 btol budak gen z skrg ehh... ikut jela dah kau pon sekolah lagi. dah habis sekolah nanti ikut mu laa nak jadi tara mana
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah cikgu2 ni datang dari zaman silam. Tunggu ko jadi cikgu nanti, giliran ko pula untuk dibangangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul dah tu tak boleh pakai kasut tumit bagai. Buat nya bergaduh ngan kawan, duk katok kawan pakai kasut tumit, dah naya nak menjawab ngan parents. Belum lagi kang terpeleot ke. Mana 1 cikgu mana 1 murid pun pening kang. Budak2 sek menengah kan dah besar2 mcm dewasa dah build up nya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 09:43 AM | Show all posts
Dah kalau nak pergi jamuan sekolah, pakai mekap, bawak phone baik beraya kat rumah je.. Kang jamuan kemana, makan kemana dok hadap phone je.. I kalau anak-anak banyak songeh complain2, i cakap je dulu mummy elok je boleh.. Hahahaha dorang akan cakap start dah bukak cerita zaman dulu

Teringat masa dulu-dulu, kita dok sembang, mak dgn nenek cakap, dulu belanja 20 sen je, naik bas 5 sen.. Hmmmm start dah Betul lah anak tu cermin
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah anak.iols.pung gitu
Tapi.dah nama.pung.sekolah
Bukan untuk melawa
Meraikan.perayaan.je pung..alahai...
Mujur anak iols tak reti.melawa.sangat...
Dia oakai tudung bawal.je
Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 dah bangang. Belum keje lagi silap2 bos kena bangang..

Dah nama sekolah. Kenalah hadap. Menggeletis budak2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 10:37 AM | Show all posts
bdk2 sekarang kadang lupa nak bersyukur. atau tak faham konsep bersyukur tu macam mana.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 10:37 AM | Show all posts
bdk2 sekarang kadang lupa nak bersyukur. atau tak faham konsep bersyukur tu macam mana.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut je la peraturan dik... Alam persekolahan ni bknnya lama sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.377594 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list