View: 560|Reply: 36
|
[Tempatan]
Malaysia bakal terima pasangan baharu Giant Panda
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Negara berjaya memperoleh Pemeteraian Perjanjian Baharu Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara China membolehkan Malaysia menerima pasangan Giant Panda baharu bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau telah mewakili negara dalam Majlis Pertukaran Perjanjian Baharu Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC) bersama Duta China ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing mewakili Republik Rakyat China semalam di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya.
“Projek kerjasama ini merupakan simbol persahabatan erat antara Malaysia dan China. Ia memupuk diplomasi konservasi, selari dengan semangat Malaysia Madani yang mengutamakan kerjasama antarabangsa dalam usaha kelestarian.
“Malaysia melalui perjanjian terdahulu yang dimeterai pada 15 Jun 2012 telah menerima sepasang Giant Panda untuk tempoh 10 tahun ditempatkan di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara.
“Dalam tempoh ini, Malaysia telah menunjukkan pencapaian luar biasa dalam konservasi ex-situ Giant Panda dengan kelahiran tiga ekor anak Giant Panda,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial sebentar tadi.
Terdahulu, majlis pertukaran perjanjian baharu itu telah disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden RRC Tuan Yang Terutama Xi Jinping bersempena dengan Lawatan Negara Presiden RRC ke Malaysia bermula 15 hingga hari ini.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu
Hashim bagi pihak kerajaan Malaysia dan Setiausaha Agung, China Wildlife Conservation Association (CWCA), Yan Jian bagi pihak RRC.
Nik Nazmi juga berharap Giant Panda yang merupakan utusan khas daripada RRC dapat menggalakkan lagi persefahaman dan kerjasama erat di antara kedua-dua negara.
“Malaysia akan terus komited dalam usaha kerjasama dengan Negara China demi konservasi dan meningkatkan kerjasama saintifik dalam pemeliharaan spesies hidupan liar ikonik Giant Panda,” katanya.
Sumber -KOSMO! ONLINE.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mcm membuang masa aja membela panda ni. Xde plak nampak negara lin nak adopt malayan tiger buat pemeliharaan |
|
|
|
|
|
|
|
Pindah ja la Zoo Negara ke Genting ka. Sejuk sikit nak jenjalan. Panda pun riang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Malas nak cakap tp tak rasa berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la menaya panda tu. ko nak deal apa2 takyah libatkan panda. panda tu pindah daerah dlm china tu pu ndah tak serasi..ni kan pulak malaysia panas berdenting dah satu keje nk on ekon 24 jam serupa mcm winter |
|
|
|
|
|
|
|
qistiena replied at 18-4-2025 09:45 AM
Mcm membuang masa aja membela panda ni. Xde plak nampak negara lin nak adopt malayan tiger buat peme ...
'kena paksa'......KOT. |
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 18-4-2025 11:21 AM
tak payah la menaya panda tu. ko nak deal apa2 takyah libatkan panda. panda tu pindah daerah dlm chi ...
Lagu ni..awat x bg tauke Mall bela...ekon pon buka 12 jam..kena tambah 12 jam lg...siap boleh buat duit lg... |
|
|
|
|
|
|
|
bela je la rakyat msia...kami ni pun dah macam panda..mata dah itam, kerja tido tak tentu masa..bdn pun bulat2 belaka masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah modal dorang troll najib 10 tahun lepas
Satu persatu |
|
|
|
|
|
|
|
naya panda tu tersiksa, yg keje ngadap panda tu pun sama suffer
|
|
|
|
|
|
|
|
ala betul la pulak 
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..iols mewakili rakyat pandasia sekalian..
|
|
|
|
|
|
|
|
Berlecak ketiak berpeluh if duduk suhu malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 18-4-2025 12:52 PM
Berlecak ketiak berpeluh if duduk suhu malaysia
Aircond la. Kan kat zoo negara area panda ni 24 hours aircond. Memang heaven panda dok Mesia |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 18-4-2025 12:41 PM
Panda Mesia hari tu 10 tahun dok Mesia dapat 3 baby panda. Singapore dah kemain tunggu sampai 9 tahu ...
Msia..tempat subur bg PEMBIAKKAN samada rohingya & pilak mahupun panda...... |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 18-4-2025 12:08 PM
bela je la rakyat msia...kami ni pun dah macam panda..mata dah itam, kerja tido tak tentu masa..bdn ...
Pastu pakai baju panda eyes |
|
|
|
|
|
|
|
Pnda suka tido, haiwan malas. Maybe byk kos nak kena guna utk fasiliti jelahh |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tengok dokumentari orang yang jaga panda ni. Siap kena dokong panda Mesia, makan pun bersuap. Pastu bila kena hantar balik tak reti nak survive sebab dekat Mesia yang jaga tu siap hiris buluh nipis2. Bila balik China tak reti nak makan sendiri. Comel gila.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|