CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 2

[Tempatan] Syed Saddiq arah 'clearkan' RM1 juta, elak wang disita SPRM - Pendakwaan

[Copy link]
Post time 17-4-2025 02:05 PM | Show all posts |Read mode


Putrajaya: Pihak pendakwaan berhujah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi arahan supaya Penolong Bendahari Armada Bersatu, 'clearkan' RM1 juta bagi mengelak wang itu disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, Syed Saddiq, 33, selaku perayu didakwa bersubahat dengan cara mengarahkan Rafiq Hakim Razali, 35, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah.

Menurutnya, ada keterangan menunjukkan perayu mengarahkan Rafiq yang juga saksi pendakwaan ke-13 (SP13) mengeluarkan RM1 juta itu pada 6 Mac 2020.

"Perayu mengarahkan SP13 untuk 'clearkan' wang itu dan ada keterangan menunjukkan dia menyuruh bekas Exco Armada Bersatu, Abdul Hannaan Khairy, 32, dan seorang lagi saksi, meletakkan tarikh kebelakang di resit dan sebut harga pada 2 Jun 2020.

"Menerusi perbualan telefon, perayu juga meminta SP13 untuk 'clearkan' wang yang disimpan dalam akaun bank parti itu, kerana khuatir wang itu akan disita oleh SPRM.

"Ketika disoal balas, SP13 turut memberitahu mahkamah, maksud 'clearkan' ialah tidak menyimpan wang di rumah," katanya.

Beliau berkata, semasa pemeriksaan utama, SP13 memberitahu perayu menyuruh wang itu dikeluarkan dari akaun Armada kerana perayu memaklumkan, wang itu adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Wan Shaharuddin memberitahu panel tiga hakim, bekas Menteri Belia dan Sukan itu bukan dituduh atas kes melakukan pecah amanah sebaliknya bersubahat dengan Rafiq melakukan pecah amanah.

Susulan itu, Wan Shaharuddin menghujahkan, pembelaan memanggil semua saksi untuk membuktikan setiap pertuduhan bagi kesalahan bersubahat adalah berdasarkan arahan perayu.

Beban yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan katanya, hanya perlu ditunjukkan berdasarkan perayu mengeluarkan arahan ke atas SP13 saja dan tidak lebih daripada itu.

Seterusnya beliau berkata, mereka hanya untuk menunjukkan perayu mengeluarkan arahan itu adalah suatu jenayah.

"Berikutan itu, saya menghujahkan bahawa, Hakim Mahkamah Tinggi mensabit dan menjatuhkan hukuman berlandaskan kepada undang-undang serta keterangan yang betul.

"Tiada kekhilafan di pihak hakim bicara sehingga membawa kepada salah laku keadilan yang memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

"Justeru dengan itu kami memohon supaya sabitan terhadap pertuduhan subahat pecah amanah ini, tidak diganggu," katanya yang menambah hukuman sebatan terhadap Syed Saddiq adalah munasabah kerana tertuduh masih muda atau tidak melebihi usia setengah abad.

Syed Saddiq memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada ketika itu, Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, iaitu hasil daripada aktiviti haram.

Bekas Presiden Muda itu dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Elehhh kes ni klau dia menang atau tak  kt
mahkamah rayuan mmg akan drag sampai ke federal court.pendakwaraya boleh  je bawak ke federal court klau mahkamah rayuan tolak keputusan mahkamah tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 03:52 PM | Show all posts
nasib kau kurang baik ss.  kalau nak ikutkan dalam parti derita tu, apa je tak berlaku.  tapi mereka cerdik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 2.702235 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list