CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 5

Gadis cantik ‘lenggang kangkung’ datang ‘interview’ kerja… Tak sempat cakap banyak penemu duga hambat balik!

[Copy link]
Post time 17-4-2025 12:25 PM | Show all posts |Read mode


SESI temu duga adalah momen yang begitu mendebarkan buat calon-calon yang datang memohon pekerjaan.


Namun tidak bagi seorang gadis cantik ini yang begitu yakin dan bersahaja ketika menghadiri sesi temu duga di sebuah syarikat bagi mengisi kekosongan jawatan.


Perkara itu disaksikan sendiri seorang wanita yang mengendalikan sesi tersebut bersama gadis berkenaan.


"Saya ada post iklan jawatan kosong siap dengan butiran skop pekerjaan dan jawatan.


"Sewaktu saya mengendalikan sesi temu duga, datanglah seorang gadis yang cantik. Dia kelihatan menarik dan berpenampilan kemas. Tapi... ada tapi okey," katanya menerusi satu luahan di laman sosial.




Namun kata penemu duga itu, dia terkejut apabila si gadis cantik itu hanya datang berlenggang tanpa membawa resume.


"Tapi dia datang lengang kangkung. Bila suruh perkenalkan diri, si cantik manis itu cakap... saya dah email resume saya. Adakah saya patut untuk perkenalkan diri?


"Krik krik krik... keadaan bilik temu duga senyap seketika. Apabila dia melihat saya tidak terkata, dia mula perkenalkan dirinya yang membuatkan saya lebih tergamam.


"Dia beritahu nama dia, kemudian sambung dengan sekolah di mana, berapa adik-beradik. Kemudian dia sambung warna kegemaran, hobi... dan saya masih mendengar," ujarnya.




Menurut wanita itu lagi, segala-galanya berubah sebaik mendengar soalan yang diajukan gadis berkenaan secara tiba-tiba.


"Apabila dia mula tanya... sebenarnya saya nak tahu ni syarikat apa dan jawatan apa ye?" katanya yang mengimbas kembali perbualan tersebut.


Sikap gadis yang menjengkelkan itu membuatkan dia tanpa berfikir panjang menghentikan sesi temu duga berkenaan serta-merta.


"Tak apalah dik, awak balik. Awak akan dapat tawaran lebih baik. Dan satu nasihat saya... adalah sangat tidak wajar datang untuk temu duga kerja tanpa membaca iklan dan tiada persediaan.


"Tapi dalam hati saya macam... beraninya kau datang temu duga, lepas tu tanya pula aku jawatan apa yang aku tawarkan?


"Astagfirullah. Tarik nafas panjang-panjang. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun," katanya lagi. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 01:05 PM | Show all posts
OT blh tak tt pglmn sndr dtg IV bersama calon kabel

kite dtg plg awal tp sesi IV plg last sbb tggu kan kabel ni tak smpai2 lg.. lps tu time dia da smpai HR situ ckp igtkan tak dtg td call tak angkt (kat situ da pelik, aik baiknye HR ni risaukan dia pdhl ada lg calon2 lain ms tu).

pastu rupanye calon2 lain tu utk jwtn lain & IV 6org skali mcm tu... pastu tiba la giliran i dgn dia & ktorg masuk berdua part perkenalkan diri tu la baru i dpt tangkap kabel sbb dia ckp pernah intern kt situ.. pastu ms da last2, Bos situ tya pd HR td, ok ikut awak nk pilih yg mane & da tentula yg kabel tu kan.. i fhm je dia nk amk budak yg dah tahu tapi entah laa tp jgn la nmpk sgt skadar syarat je..

kot ye pun nk hire budak intern tu semula pggl la atleast 4org baru la xde nmpk kantoi ini i berdua je dgn dia dlm bilik tu..i rs buang masa betul ms tu..tp bagus juga tak dpt sbb dlm opis tu 90% pmpuan & bos besar agak kerek. i tak blh keje dgn pmpuan ramai2

opis bawah kerajaan negeri
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 01:36 PM | Show all posts
lama tak handle interview budak ni..nk dekat setahun setengah. makin scary ek bebudak zaman skrang datang interview.

last candidate yg sy interview, dress up macam baru balik kelab, duduk atas kerusi bulat sambil pusing2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 03:36 PM | Show all posts
aku pon selamba x bwk resume
alhamdulillah aku dpt keje tu
smpi skg masih bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 07:59 PM | Show all posts
Kenapa dia pegi iv tnpa tau jawatan & syarikat? Heh! Acik ingt lg ada kwn call suruh pegi iv kt tmpt sekian2. Acik tnya la iv apa. Dia respon datang je la. Gila ke apa dtg je x tau apa2. Mmg acik desak la bgtau iv utk position apa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 07:59 PM | Show all posts
Kenapa dia pegi iv tnpa tau jawatan & syarikat? Heh! Acik ingt lg ada kwn call suruh pegi iv kt tmpt sekian2. Acik tnya la iv apa. Dia respon datang je la. Gila ke apa dtg je x tau apa2. Mmg acik desak la bgtau iv utk position apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.453409 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list