“Namun dalam pembelajaran filem seram ini dapat mengajar saya tentang penghayatan solat dengan baik.
"Insya-Allah perjalanan karakter Azizah ini memberi keberkatan berterusan untuk saya meneruskan kehidupan,” katanya.
Filem Qodrat 2 muncul sebagai filem seram paling besar di Indonesia ketika ini apabila ia melibatkan beberapa produksi berpengaruh termasuk Magma Entertainment, Rapi Films, Legacy Pictures, Astro Shaw, Ideosource Entertainment, Virtuelines Entertainment, Caravan Studio dan Beacon Films.
Qodrat 2 dibanjiri 72,377 penonton pada hari pertama tayangannya pada 31 Mac lalu di Indonesia.
Sebelum ini, Qodrat berjaya mencatat kejayaan luar biasa dengan menerima lebih 1.7 juta penonton di Indonesia dengan kutipan box office mencecah RM23 juta.
Lebih membanggakan, Qodrat turut berjaya merasuk di pawagam-pawagam negara luar termasuk Malaysia, Singapura, Kemboja, Mynmar dan Vietnam.
Selain Acha, Qodrat 2 turut dibintangi barisan pelakon termasuk Vino G. Bastian, Della Dartyan dan Dony Alamsyah.
Qodrat 2 mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 17 April 2025. -
mStar