CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 831|Reply: 9

Marsha Tolak IVF, Mental & Fizikal Belum 'Ready'

[Copy link]
Post time 17-4-2025 10:52 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Penyanyi Marsha Milan terpaksa menolak tawaran beberapa hospital yang mahu membantunya menjalani kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.


Ini berikutan, Marsha atau nama penuh, Marsha Milan Londoh, 40, mahu memastikan mental dan fizikal dalam keadaan benar-benar bersedia termasuk mengambil kira keadaan suaminya.


"Ada beberapa hospital mendekati untuk taja dan sebagainya. Tapi, saya fikir belum bersedia. Ramai merisik, tapi tiadalah saya mahu bercerita hospital mana yang merisik.


"Rasanya saya dan suami mungkin kalau boleh mahu buat perkara ini secara hati-hati. Saya beritahu kepada pihak hospital masih belum bersedia.



  

"Bagi pihak saya, terdedah kepada media, tapi suami tidak. Saya kena buat pertimbangan dari sudut pandangan suami mengenai sebaran perkara yang agak peribadi," katanya kepada BH Online.

Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 itu berkata, perancangan meneruskan dengan kaedah alternatif itu sememangnya ada, namun, dia juga perlu membuat pertimbangan dalam pelbagai aspek.

"Sebelum ini, memang nak buat, tapi belum ada rezeki lagi dari segi jadual. Terus-terang cakap mungkin secara mental saya belum bersedia sebab macam-macam saya dengar.

"Terutamanya wanita, akan melalui banyak perkara. Mungkin juga belum ada rezeki untuk teruskan kaedah ini," katanya.

  

Biarpun mempunyai keinginan menimang cahaya mata, Marsha berkata, dia hanya meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah dalam mengatur rezekinya.

"Selebihnya saya serahkan kepada Allah untuk tentukan rezeki. Saya juga mengharapkan masih boleh mengandung secara semula jadi dan saya menyerahkan semuanya kepada Allah," katanya.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015. - BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm meols dulu. Kalo ivf, rasa tak redi. Kalo natural, rasa redi. Susah nak explain kenape..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sekarang ni 50
nak mengandung x pa…medical sudah advanced….
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm pernah baca gusip beliau bercinta dgn budak af jugak.. masuk osepital sbb kena putus.. tak ingat pula nama bdak af tu.. muka kiut la .... pernah nyanyi berhenti berharap ms dlm af..

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 04:50 AM | Show all posts
perembes replied at 17-4-2025 05:00 PM
mcm pernah baca gusip beliau bercinta dgn budak af jugak.. masuk osepital sbb kena putus.. tak ingat ...

Ohhh... masuk Spital yg speku kata dia mkn 30 biji Panadol sbb putus cinta kononnya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 04:52 AM | Show all posts
Acik pun mgkn x kuat nk ivf ni… sakit weh nk kena cucuk2 diri sndri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2025 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye.. ivf ni cabaran besar. Bayangkan dah cucuk sana sini, dah spend banyak duit, pastu x lekat pulak. Rezeki sangat kalau buat 1 cycle terus berjaya. I pon nak try ivf atas saranan doctor tapi x ready. Dan i x rasa circle i (family & tempat kerja) supportive enough bila berkait pregnancy ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Menang ajl pun tetap sendu.bertiang jauh ditinggalkan nadeera.terpaksa la up citer x pregnant x abis2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
perembes replied at 17-4-2025 05:00 PM
mcm pernah baca gusip beliau bercinta dgn budak af jugak.. masuk osepital sbb kena putus.. tak ingat ...

Kefli

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 08:33 AM | Show all posts
perembes replied at 17-4-2025 09:00 AM
mcm pernah baca gusip beliau bercinta dgn budak af jugak.. masuk osepital sbb kena putus.. tak ingat ...

Deyols AF3 kan. Marsha dgn Kefli. Kiut Kefli tu. Skang ni heolls niaga makanan, lama jugak. Dah kawin & ada anak pon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.112075 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list