View: 601|Reply: 10
|
[Tempatan]
Tengah merokok, lelaki kena tetak dalam mall Seremban
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Gengsterisme dan dendam punca seorang lelaki ditetak dengan parang dalam satu kejadian yang tular di media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, polis telah menerima maklumat berhubung kejadian itu pukul 8.15 malam tadi melibatkan mangsa lelaki berusia 40 tahun.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Seremban ketika mangsa sedang berehat seorang diri sambil merokok.
“Mangsa kemudian dikejutkan dengan kemunculan sekumpulan lelaki yang berlari dari eskalator aras bawah dengan salah seorang memegang senjata parang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa yang tidak sempat mengelak telah dilibas berkali-kali oleh suspek.
“Setelah berjaya bangun, mangsa terus melarikan diri dan telah diselamatkan oleh rakannya yang melihat kejadian itu, seterusnya dikejarkan ke hospital untuk bantuan kecemasan. Mangsa mengalami luka pada kedua-dua belah lengan, bahagian belakang dan kaki kanan, namun kini dilaporkan stabil,” katanya.
Katanya, suspek telah dikenal pasti dan usaha untuk mengesan serta menangkap suspek sedang dijalankan.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mmg dah target nak bunuh kot tu. kes apa ek |
|
|
|
|
|
|
|
merokok dalam mall ke?
pendapat akula, perokok mmg patut kene hukum cmni
psl perokok ni AGEN promosi dadah pada generasi muda
dari perokokla lahir 90% penagih tegar, perompak, Pembunuh, pemenggal kepala mak pak sendiri, perogol semua berkaitan dadah..
tak kirala ko imam masjid tanah Haram ke menteri , kalu merokok sama je level mcm pengedar dadah, patut dihukum aja |
|
|
|
|
|
|
|
takuttnya...macam dalam movie... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kes jd kt kuching ke mn ke
yg tu 2 kete, dlm 6 org
ramai je org di kilang ke gudang mcm tu
tp die target sorg je
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg kau merokok dalam mall tu kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
kat reddit ckp Seremban Gateway
|
|
|
|
|
|
|
|
berebut kawasan.. kongsi gelap kellyNg
rasa related dgn yg awal2 tahun kena tetak jugak kat kelang ke tu
tu ketua geng lagi satu
ehh cemaner meols tahu nehh.. tiberrr 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|