View: 223|Reply: 11
|
Nak letak nama anak ala mat salih, laki bini muka Melayu Jawa
[Copy link]
|
|
Memang benar pemilihan nama bayi merupakan satu perkara yang sangat penting kerana ia bukan sahaja kekal menjadi identiti seumur hidup.
Bagi umat Islam, pemilihan nama bayi sering dikaitkan dengan keindahan maknanya dengan harapan anak membesar dengan baik seiring namanya.
Bagaimanapun, peredaran masa menyaksikan pemilihan nama bayi berubah mengikut trend yang mana ada pasangan suami isteri mahukan nama lebih moden.
Dalam sesetengah kes, situasi ini boleh mencetuskan pertikaian sesama ahli keluarga sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang individu di laman sosial.
Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, kakaknya yang baru menimang cahaya mata perempuan berhasrat menamakan bayinya dengan nama moden dan kedengaran ala mat salih.
"Kakak aku nak namakan anak dia Lily Grace. Mak bapa aku pertikaikan, tak ada ke nama Melayu yang elok maknanya?
"Dia (kakak) kata dah berkenan nama mat salih. Tapi laki bini muka keturunan Melayu Jawa," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Sekadar berkongsi cerita untuk bertanyakan pandangan ramai, hantaran individu berkenaan bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.
Sebahagian daripada mereka bersetuju dengan pendapat ibu bapa individu tersebut agar bayi berkenaan diberi 'nama Melayu', antaranya untuk mengekalkan identiti dan mempunyai makna yang indah.
"20 tahun lagi, hilang identiti Melayu kita.
"Ni mesti ingat anak nama English boleh nampak macam educated dan high class .
"Kena buli dekat sekolah, depress... Mak bapa punca," antara komen netizen.
Namun sebahagian yang lain pula berpandangan nama berkenaan tidak janggal dan turut mempunyai makna yang baik meskipun sinonim dengan mat salih.
"Okay je, cantik nama tu. Dua perkataan, empat suku kata. Tak susah nak sebut nama penuh dalam senafas. Anak dia, biarlah nak letak nama apa pun.
"Dia yang beranak, suka hati dialah nak bubuh nama anak dia apa as long as baik je," demikian komen netizen yang lebih bersifat terbuka.
Sebagai maklumat tambahan, memetik portal Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang anak perlu diberikan nama yang baik dan tiada sebarang unsur syirik, serta berbeza daripada nama yang bukan Islam.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lily grace Binti Wak Suparjo..kehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
ok ja Iols rasa
I mean, tengok ler list nama budak sekolah sekarang. dah jadi common name ja
Helena? Camelia? Rosy? Izzy? Melur? habis la semua nama munge-munge join sekali. dan ni semua nama tengah tau. at least nama budak sekarang ada 2-3 patah perkataan baru la jumpa bin, binti
jenuh la diknon time periksa. orang lain dah mula jawab soalan, ko masih mengisi ruangan nama
mari kita tanya cikgu-cikgu dan pekerja hospital yang handle budak2 baru sekarang. aneh ke idok nama diorang
tu tak campur lagi yang jenis mixed. cikgu nak sebut pun kena bukak google translate dulu, nak dengar bunyi camane. nak sebut pun payah |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je lily tu, satu nama lagi buh la bunyi meleis on paper jah. Ko nak panggil, panggil jela lily grace. Kang kalau muka tak seiring nama kesian pulak budak kena perli kt sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
hahhaaaaa...lawak tang muka jawa |
|
|
|
|
|
|
|
wei tersedak aku baca  
|
|
|
|
|
|
|
|
halah, org puteh pon bukan smua nya ropa helok. biase je ni,ni adelah kesan globalisation?? ke salah? entahle. asalkan maksod nama elok udahle. nama huduh2 lagi naya anak |
|
|
|
|
|
|
|
suka hatilah dorang nak letak nama anak pon...xpayah nak lekeh lekehkan nama anak orang..mungkin mak bapak dia suka sgt nama tu..sama macam mak bapak nak dipanggil mommy daddy even muka jawa ke casablanca ke..suka hatilah..Remember, we listen but we dont judge .. tiberr |
|
|
|
|
|
|
|
OK je tapi jangan pelik2 nok, nanti budak2 even cikgu yg BI pun aras paras idung sebut nama anak hang Gra-chie. Sbb nama anak iols ada surname tapi cikgu sebut bunyi dah macam nama jawa. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi i suka je nama macam faith soraya tu.
looks so demure |
|
|
|
|
|
|
|
tu belum masuk lagi nama yg suami pilih, bini pilih, mak mertua pilih, ipar duai pilih, mak kandung pilih, cukup 7 harakat baru ada bin/binti  
paling tak boleh blah, bila panggil...baby, adik, yaya, lola, lila.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|