View: 363|Reply: 5
|
[Tempatan]
Tentera Udara AS pernah rancang hasilkan ‘bom homoseksual’ bagi melemahkan musuh
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Dalam satu pendedahan yang mengejutkan, Tentera Udara Amerika Syarikat dilapor pernah merancang mencipta sejenis senjata kimia yang digelar ‘bom homoseksual’ bagi melemahkan kekuatan angkatan tentera musuh dengan cara paling luar biasa menjadikan mereka saling tertarik secara seksual sesama sendiri.
Dokumen setebal tiga muka surat yang diperoleh oleh Projek Sunshine, sebuah badan pemantau senjata biologi, menunjukkan Wright Laboratory, sebuah unit penyelidikan di bawah Tentera Udara AS, mengemukakan cadangan pada tahun 1994 bagi membangunkan bom yang mengandungi bahan kimia berunsur afrodisiak.
Cadangan tersebut yang merupakan sebahagian daripada projek pembangunan senjata tidak mematikan bernilai AS$7.5 juta (kira-kira RM35.7 juta), mencadangkan penggunaan bahan kimia untuk mencetuskan tarikan seksual yang kuat dalam kalangan askar musuh, hingga dikatakan mampu melumpuhkan struktur dan disiplin pasukan.
Walaupun tiada bukti saintifik yang menyokong keberkesanan teori tersebut, laporan menunjukkan Pentagon tetap menghantar cadangan tersebut ke badan penilai saintifik tertinggi negara, iaitu National Academy of Sciences, pada tahun 2002.
Ketika itu, budaya homofobia masih berleluasa dan sebahagian besar masyarakat termasuk dalam institusi ketenteraan memandang homoseksualiti sebagai ancaman kepada keharmonian pasukan malah, ketika bekas Presiden AS, Bill Clinton cuba menghapuskan larangan terhadap golongan homoseksual dalam tentera, beliau menerima tentangan hebat daripada pimpinan tertinggi ketenteraan.
Selain bom afrodisiak yang kemudian digelar media sebagai ‘bom homoseksual’, makmal sama turut mencadangkan beberapa lagi senjata luar biasa termasuk bom yang dapat menarik dan merangsang serangan serangga berbisa, serta bahan kimia yang mampu memberikan bau badan menjijikkan bagi memudahkan askar musuh dikenalpasti.
Antara cadangan lain termasuk senjata kimia yang menjadikan kulit askar musuh sensitif kepada cahaya matahari, bahan pencetus angin berlebihan (flatulen), dan yang paling aneh, senjata yang menyebabkan nafas berbau teruk secara berpanjangan.
Kesemua cadangan tersebut dirangka dengan matlamat mengganggu tumpuan dan moral musuh tanpa menggunakan kekerasan maut, bagi memberikan kelebihan taktikal kepada pasukan AS.
Wright Laboratory kemudiannya diserap ke dalam Air Force Research Laboratory (AFRL) pada tahun 1997 dan kini, ianya masih aktif dalam pembangunan senjata tidak mematikan, dengan tumpuan utama kepada senjata Directed Energy iaitu teknologi pancaran tenaga untuk melemahkan sasaran tanpa menyebabkan kematian.
Senjata Directed Energy kini sedang dibangunkan untuk kegunaan di darat, laut, udara dan ruang angkasa — bukan sahaja oleh AS, malah turut menarik minat negara-negara pesaing. - Utusan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 14-4-2025 12:54 AM
Tak payah bom pun akak memang homoseksual secara alami
Makin terjongket tinggi la jubo akak kalau kena bom tu....tunjuk lobang berahi seluruh alam. |
|
|
|
|
|
|
|
awat x buat 'gas pondan'....sedut jer..satgi terus memondan,lemah gemalai la askar2 tu semua... |
|
|
|
|
|
|
|
last2 bom tu meletop kt USA gamaknya..tu yg ramai benor geng elgibiti kt sana tu  |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 15-4-2025 12:39 PM
awat x buat 'gas pondan'....sedut jer..satgi terus memondan,lemah gemalai la askar2 tu semua...
Pondan tenaga sama macam jantan tak pondan la. Cer pi lawan bola tampar dengan meka, tengok sapa menang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|