CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 7

[Tempatan] Syarikat bina kondominium curi air AKSB, denda RM50,000

[Copy link]
Post time 13-4-2025 02:43 PM | Show all posts |Read mode


KOTA BHARU: Sebuah syarikat pembinaan kondominium mewah di sini, didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, hari ini, kerana mencuri bekalan air terawat milik Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), pada 2019.


Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman selepas syarikat orang kena saman (OKS) yang diwakili pengurus projek, Yang Chuangang mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.


Mengikut pertuduhan, syarikat OKS melakukan perbuatan menyalahi undang-undang dengan membuat sambungan ke sesalur utama awam tanpa mendapat kebenaran sah daripada AKSB.


Perbuatan itu dilakukan di Lot 10014, Seksyen 12, di sini pada 11 September 2019.


Syarikat OKS didakwa mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhairy Zakaria dan pegawai pendakwa, Thilaga Shanmugam dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), manakala wakil syarikat berkenaan tidak diwakili peguam.


Terdahulu, Thilaga memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap syarikat OKS memandangkan kesalahan dilakukan syarikat itu serius.


Katanya, syarikat berkenaan membuat penyambungan tanpa lesen untuk tujuan komersial dan kepentingan mereka sendiri sedangkan nilai projek pembinaan sebanyak RM89 juta.


"Pada masa sama, perbuatan dilakukan syarikat itu juga menyebabkan AKSB terpaksa menanggung kos tinggi," katanya.


Chuangang pula memohon denda minimum dikenakan memandangkan ini kesalahan pertama syarikat itu, selain berjanji tidak mengulangi kesalahan sama.


Zulkifli kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM50,000.


Mengikut fakta kes, pada jam 2 petang 11 September 2019, SPAN mengadakan operasi di tapak pembinaan sebuah kondominium 36 tingkat sebelum mendapati satu sambungan terus ke sesalur utama awam sedia ada milik AKSB dibuat di luar tapak pembinaan.


Pegawai serbuan juga mendapati bekalan air daripada sambungan yang menyalahi undang-undang itu digunakan bagi menjalankan kerja pembangunan.


Kontrak syarikat OKS bagi pembinaan kondominium berkenaan bernilai RM89 juta dan nilai kos penggunaan air tidak berhasil oleh syarikat OKS daripada punca sambungan yang menyalahi undang-undang adalah RM42,690. - BH Online




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2025 10:00 AM | Show all posts
Muka x tahu malu…senang2 je curi air.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 10:00 AM | Show all posts
Muka x tahu malu…senang2 je curi air.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 03:21 PM | Show all posts
bangsa klu boleh nak untung maksimum tapi modal nk keluar ciputtttt je
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah senang hidup
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 05:06 PM | Show all posts
Denda la lg tinggi... 8least 15% dr untung projek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2025 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
halal haram tolak tepi jenis ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka Yang Chuangang kena hentam dengan Thilaga Shanmugam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2025 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.095302 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list