CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 1

‘Jangan suka hati cakap orang murah, itu biadab!’

[Copy link]
Post time 12-4-2025 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 12-4-2025 12:05 PM

           


PETALING JAYA – Gara-gara memakai busana kurung moden rona hijau yang didakwa menampakkan bahagian dalam seperti singlet, pelakon Datin Intan Najuwa menjadi sasaran komen biadab individu dalam media sosial.

Menerusi ruangan komen, individu tersebut mendakwa gaya Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid, 28, kelihatan ‘murah’ hanya kerana rekaan baju menampakkan sedikit lapisan dalam.

  


“Nampak singlet terus nampak gaya ‘cheap’ (murah),” tulis individu berkenaan secara terbuka.

Enggan membiarkan dirinya terus dihina, pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu tampil membidas komen tersebut dan menjelaskan busana berkenaan direka satu set lengkap termasuk (inner) bahagian dalam sekali.

“Baju bahagian dalam tu dah sekali dengan kurung sebagai satu set.

“Tolong jangan suka hati cakap perempuan lain nampak murah, itu sangat biadab,” tegasnya.

  


Respon tegas ibu kepada seorang cahaya mata itu menerima pujian ramai yang menganggap keberaniannya bersuara sangat wajar bagi membendung budaya buli siber atau menilai secara melulu.

“Bagus Intan berani bersuara kalau rasa ada benda menyakitkan hati. Orang cantik, pakai apa pun tetap nampak classy,” puji seorang netizen.

“Setuju dengan Intan. Bukan semua perkara kita boleh komen sesuka hati. Jaga adab dalam media sosial,” tulis seorang lagi netizen.

  
[/ig]

“Dah cantik, lagi oun fesyen kan, tetap juga ada yang nak mencari salah. Tak faham betul,” kata seorang pengguna media sosial.

Meskipun sering menjadi perhatian, Intan kekal tampil berkeyakinan.

Kelantangannya menyuarakan pandangan peribadi meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2025 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
X tau knp mata akak tgk dia ni lawa  bila mekap...pandai dia mekap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 1.182569 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list