View: 1011|Reply: 16
|
Sherry Ibrahim seronok jumpa adik Fattah Amin-"Dia kata rindu dan kami berpelukan"
[Copy link]
|
|
Sherry Ibrahim meluahkan rasa gembira apabila berpeluang bertemu dengan adik kepada bekas kekasihnya, pelakon Fattah Amin, iaitu Raihan, di sebuah majlis agama yang berlangsung pada Mac lalu.
Ketika ditemui XTRA, Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim berkata, pertemuan itu merupakan kali pertama mereka bersua kembali selepas sekian lama tidak bertemu sejak perpisahannya dengan Fattah.
“Soalan pertama yang saya tanya adalah kenapa dia menangis sewaktu bersalaman dengan saya. Sebenarnya saya tak perasan kehadirannya kerana lokasi itu bertingkat dan dia pula mengenakan tudung labuh.
“Saya sangka dia hanyalah peminat biasa, sehinggalah dia membisikkan dia adalah ‘adik Fattah’. Masya-Allah, kami terus berpelukan. Ia satu momen yang tak dijangka, semuanya berlaku secara kebetulan dan penuh hikmah,” katanya.
Sherry berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita Bangsar, pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut, aktres berusia 42 tahun itu berkata mereka sempat berborak termasuk bertanya khabar mengenai ibu Fattah.
“Saya gembira dapat jumpa dia. Kami berbual, saya tanya khabar ibu (mak Fattah). Raihan kata dia rindu saya… Ia adalah momen yang indah, hanya antara saya dan dia. Apa yang kami bualkan pun semuanya perkara yang baik-baik sahaja.
“Sudah terlalu lama saya tak bertemu dengannya. Bila kita dah ‘move on’, kita tak toleh ke belakang lagi. Bukan kerana tak mahu berhubung, tetapi demi menjaga hati dan perasaan orang-orang di sekeliling,” ujarnya.
Sherry turut menjelaskan hubungannya dengan keluarga Fattah tidak pernah terputus sepenuhnya, Namun demi menghormati perasaan pihak lain, dia memilih untuk tidak berkomunikasi secara langsung, meskipun tiada sebarang permusuhan berlaku.
“Kami tidak pernah putus hubungan sepenuhnya, cuma kami ada berinteraksi melalui media sosial.
“Saya pun sudah seperti kakak kepada mereka. Saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa pun,” tambahnya.
Terdahulu, tular sebuah video di platform TikTok yang memaparkan momen menyentuh hati apabila Sherry dan Raihan berpelukan sambil mengalirkan air mata sewaktu bertemu semula di majlis tersebut.
Sumber: XTRA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Muka senduk kulit tebal....still nak shades bekas bini abdul... kekonon menjaga hati..kekonon dia pompuan pilihan keluarga abdul... yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ee tlgla..kalau ko mmg baik dr dia .lepas putus dgn patah amon , sebelum patah amon kawin pun ko maintain baik dgn adik dia..ini  |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia dah tak berfilter baru nmpak muka dia lain sbb kurus. Kurus sgt kot. Meols tgk interview tu rase ok je jawapan dia. Dah wartawan tanya, dia jwb je la. Tp kalo i tk tgk interview tu mmg boleh persoalkan motip ckp gitu  |
|
|
|
|
|
|
|
dapat sherry dipercepatkan jodoh dengan orang lain... kesian pulak aku tgk dia ni, apala FA janji kat dia dulu |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tindakan dia..kalau menten baik nanti bini abdul kecik ati pulak..
aku sendiri bengang bila dulu ipar duai, mil cerita pasal exgf laki aku.. apahal korang ni sibuk cerita pasal bekas dia..eh bini dia dpn mata ni..haa gitu aku terasa hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 14-4-2025 09:51 AM
betul la tindakan dia..kalau menten baik nanti bini abdul kecik ati pulak..
aku sendiri bengang bi ...
Ei..masa dia putus dulu kemain dia mengutuk2 khen..siap mengutuk timoh lg...sowi la mmg idok le iols..geli sgt percubaan nk get back blk ke apa ni..kowserr..si patah amon tu tgh nk mengorat anak orka la noks entohler kalau migha tu anak org mesken rasanya dia gegeh tak nk ngorat org tu?..idok nyeee |
|
|
|
|
|
|
|
Ewww..korang dah break lama even b4 attah kawin..dulu kemain bitter sangat ngan attah lepas break, siap kawan2 pun sama nganjing attah |
|
|
|
|
|
|
|
Over adiknya pun, xkn la sbb abg xkawin boleh putus kawan dgn ceri, tnya je khabar sekali sekala follow ig nya pun..jumpa mcm jejak kasih. Nnt kang da kawin dgn ao tu putus balik la ye hubungan sbb nk jaha hati si polan si polin..btw ni bukan citer berbulan lepas ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Makin popular famili fattah. Selalu jumpa artis.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau meols bini pun, memang lah tak suka kalau famili shuami dok contact, berbaik sangat dgn bekas gf shuami. tp takat say hi bye tu takde apa kot.boleh je maintain contact tu takyah la sampai putus, mengalirkan air mata bagai tatkala bertemu. hovernyalahhhhh dua2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah le get back fattah oi.. sherry dah lebih 40 tahun nak beranak pun susah kalau lekat pun berisiko tinggi.. bamtah carik je pucuk muda yg bole bagi zuriat InsyaaAllah.. ngeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|