Edited by pengecattaik at 10-4-2025 04:27 PM
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dikenakan pemantauan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh kerajaan, termasuk pintasan talian telefon.
Katanya, ia seolah-olah memberi gambaran yang dia seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan sindiket dan gangster, atau berstatus persona non grata di tanah air sendiri.
“Adakah telefon saya dipintas? Sudah tentu. 100 peratus.
“Adakah saya diikuti ke mana-mana saya pergi, walaupun atas urusan peribadi? Sudah tentu. Tanpa ada keraguan,” dakwanya.
Katanya, perkara itu merumitkan proses keluar masuknya melalui sempadan negara, walaupun sekadar ke Sabah dan Sarawak sejak suku ketiga tahun 2024.
Tegas Ahmad Samsuri dia kecewa dengan situasi yang dihadapi dan mendakwa ia usaha untuk mengumpul maklumat politik pihak lawan bagi mengawal dan menekan suara tertentu.
Naib presiden PAS itu mendakwan dia menyedari tindakan itu dikenakan terhadapnya melalui beberapa ujian mudah serta umpanan yang dilakukannya.
*MalaysiaKini
|