Dalam perkembangan lain, Noraniza teruja bakal mengadakan sebuah konsert Eh Raya secara percuma yang menghimpunkan elemen hiburan, warisan budaya dan keterlibatan komuniti dalam satu sambutan Aidilfitri.
Lebih mengujakan, ini merupakan konsert raya pertama dilakukannya sepanjang empat dekad bergelar anak seni.
"Saya teruja terlibat dengan Konsert Eh Raya ini sebab ia menghimpunkan pelbagai aktiviti dalam satu acara.
"Tambah pula ini kira konsert raya pertama saya selepas 40 tahun bergelar anak seni.
"Dulu teringin nak buat cuma belum kesampaian, jadi bila konsert ini bakal terjadi saya memang rasa seronok sangat," jelasnya.
Penonton yang hadir akan disajikan dengan persembahan lagu-lagu raya penuh nostalgia diiringi oleh lebih 60 penari daripada Noraniza Idris Dance Academy (Nida Tari).
Konsert Eh Raya itu bakal berlangsung di Summit USJ, Subang Jaya, Selangor pada 26 April depan bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam. - mStar