CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1971|Reply: 32

‘Kutuk Keluarga Itu jijik, jiwa orang kita makin sakit’

[Copy link]
Post time 10-4-2025 06:41 PM | Show all posts |Read mode


MENERIMA pelbagai kritikan gara-gara babak sumbang mahram dalam drama Keluarga Itu, pengarah dan penerbit Erma Fatima menegaskan dia hanya mahu memaparkan realiti sebenar yang berlaku dalam masyrakat.


Dalam masa sama, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, menyifatkan pihak tergamak melakukan jenayah sumbang mahram mempunyai jiwa yang sakit.


"Bila aku buat drama ini (Keluarga Itu), kalian kutuk kata menjijikkan tetapi ini realiti di luar sana.


“Masih nak simpan bawah karpet? Jiwa orang kita makin sakit,” katanya dalam hantaran Instagram.


  


Berkongsi lanjut, pelakon Mak Cun itu turut menggesa kerajaan menyelesaikan gejala kes sumbang mahram daripada terus menular.


Kerajaan tolonglah ambil peduli dan cari solusi untuk bantu bendung masalah ini. Menyedihkan,” ujarnya lagi.


Dalam hantaran tersebut, Erma memuat naik artikel berkaitan kes rogol dan sumbang mahram yang kian meruncing apabila ada peningkatan kes setiap tahun.


Rata-rata bersetuju dengan tindakan Erma yang menghasilkan drama berkaitan jenayah tersebut bagi membuka mata semua pihak.


  


"Bila kita nak didik dikatanya mengaibkan dan menjatuhkan maruah, sedangkan kita nak dedahkan serta celikkan mata dan minda masyarakat untuk beri perhatian dengan keadaan sekeliling,” ujar peminat.


“Setuju sangat dengan ada drama Keluarga Itu sebab benda ini betul-betul wujud. Tahun lepas sahaja, setiap bulan ada kes rogol dan kebanyakannya ayah rogol anak,” kata pengikut.


Mereka dalam fasa penafian bahawasanya dalam masyarakat ini dah bernanah kes haruan makan anak,” tutur pengikut lain.


Keluarga Itu merupakan drama terbitan Erma itu berkisarkan isu kekeluargaan yang jarang diketengahkan dalam naskhah tempatan.


Drama arahan Nur Ain Sharif, Ejump Mohd dan Amor Rizan itu dibintangi Datuk Rosyam Nor, Puteri Balqis, Datin Paduka Umie Aida, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Izara Aishah dan Muaz Zabir. –






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 06:49 PM | Show all posts
Putarlah selagi boleh putar. Takde sapa nafikan benda ni wujud di luar sana. Orang menyampah kau menggunakan drama kau untuk buat adegan soft porn jah lebeh, jalan cerita skrip hauk dan suam kuku jah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nek erma makin tua makin sewel.. sesuai lah amek pelakon level2 pemikiran nek ma je
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak cara nak beri pengajaran tp bukan dengan cara ajar merogol. yuckkk sgt. Drama dia ni semua ada unsur soft porn. X malu ke buat drama2 macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala.. ajet2 sgt dia la terpaling tau hal masalah sosial. Aku ni dari aku kecik lg tau dh masalah sosial ni, sb mak aku pengetua utk remaja bermasalah. Dari story atok, bapa, abg kandung rogol darah daging sendiri aku dh dengar dari dulu lg. Overhype and yes, dia mmg suka buat cerita yg ada unsur² soft porn ni..  
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aiyoooo niat nak bg pengajaran tu bagus tapi yg kena soft porn tu apa jadah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni try hard betul nak jadi pengarah terpaling tahu isu social dan cerita penunggang agama kan. setiap cerita dia tu semua benda tentang diri dia yg dia cuba nk sampaikan. lama2 jadi mcm syok sendiri.

cuba kasitahu aku apa je cerita dia yg tak tunjuk agamawan tu kaki kongkek? mana je cerita dia yg tunjuk budak muda perangai elok? TAKDEEE

konon nk tunjuk pengajaran, apa pengajaran cerita ko sbelum ni? ada award ke? tak habis2 buat cerita kutuk agama, budak rosak akhlak, keluarga berpecah belah. mmg benda tu wujud dlm society tpi tak perlu berderet2 cerita ko psl benda tu je dan sedetail2nya. bodoh acik emma patut la laki kawen lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah citer pun ntah hape2..bodoh sgt..aku yg setakat tgk sneakpeak citer tu yg lalu lalang kat pesbuk pun rasa wtf sgt...lain2 scene tp tetaplah sama je isi dia..yihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2025 06:03 AM | Show all posts
Menarik jln cerita tp tu la.. Tapi tak sanggup nk tgk babak tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm lah dia org pertama yg buat drama sumbang mahram. Yg penonton pertikaikan scene softporn byk sgt. Ko ingat budak² tahu interpret benda² tersirat. Ngaku je lh mek gersang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 09:15 AM | Show all posts
yihhh...tak berkenan nak terus follow drama ni sbb macam ghairah sgt nek erma nak tunjuk adegan2 soft porn tu.....boleh aje guna kn kekreatifan utk sampaikn pada penonton ..tapi memang itu lah pilihan dan kesukaan dia.....

RN pun dah lama berlakon takkn la tak boleh bg pandangan/nasihat utk visualkn babak2 tu....ke seronok sama??
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:13 AM | Show all posts
mendonia yer cter bidaah dekat Indonesia...tapi yg cerita ni macam xviral je ke negara jiran
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:13 AM | Show all posts
mendonia yer cter bidaah dekat Indonesia...tapi yg cerita ni macam xviral je ke negara jiran
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dolmat at 11-4-2025 10:18 AM

Kenapa perlu buat drama.. EDISI SIASAT, 999 TAK CUKUP KE??? Kau nyer criter kebanyakan nyer SOFT PORN!

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:39 AM | Show all posts
i tertinggal cerita ni..
anak dia yang beranak tu kena rogol dengan bapak ke?
macam adik dia yang oku tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nek Erma ni menghalalkan soft porn atas tiket ni kisah benar & memang jd dlm masyarakat .Eww tgk muka Rosyam Nor tu pun geli geleman .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2025 10:49 AM | Show all posts
Drama2 mcm ni ada shj. Cuma masa tayangan tu yg x sesuai. pukul 9.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:58 AM | Show all posts
org tak nafikan pun hal tu wujud
tp tak payah lah elaborate sgt kejadian tu
klu babak rogol
lelaki masuk bilik dgr suara pempuan jerit atau nangis pun org dh paham
ni smpai aritu ada forumer ckp
tisu bersepah2
perlu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 11:55 AM | Show all posts
taksa sapa nafikan isu tu wujud, semua orang tau, tp yg kau buat cerita soft porn tu kenapa? tak payah nak tunjuk la scene2 mcm tu, boleh je tunjuk masuk bilik then dengar anak jerit ke apa ke..bulan puasa lak tu..terpaling update isu social la konon..cerita tu boleh mengajar teenagers buat bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Xleh aku. Akward gile kalau tertgk lagi2 pulak kalau anak2 ada..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 1.387520 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list