View: 1014|Reply: 19
|
[Tempatan]
Netizen Teruja, Tak Sangka Anwar Ibrahim Rupanya Penyokong!
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa teruja apabila kelab bola sepak terkenal, Manchester United bakal berkunjung ke Malaysia buat pertama kalinya dalam tempoh 16 tahun.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anwar di Insta-Storynya, beliau mendedahkan perkembangan terkini berkenaan perlawanan menentang pasukan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini pada 28 Mei ini.
“Semua negara ASEAN turun sebagai pasukan menentang Man United #ASEAN2025 #GGMU,” tulisnya sambil diiringi lagu keramat Manchester United berjudul Glory Glory Man United.
Apa yang menarik perhatian ramai, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan mengakui beliau adalah penyokong kelab juara 13 kali Liga Perdana Inggeris itu.
“Saya sokong ASEAN, tapi saya juga penyokong Machester United (MU). Kalau gol, nak sorak yang mana?” soalnya menerusi sebuah komen di hantaran rasmi kelab terbabit.
Tak sangka PM penyokong Manchester United!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan tidak menyangka Anwar salah seorang penyokong kelab gergasi tersebut.
Untuk makluman, kali terakhir Manchester United turun ke Malaysia adalah pada 2009, dalam siri jelajah pramusim. Ketika itu, mereka berjaya menewaskan Malaysia XI dua kali, dengan keputusan 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional.
Dalam kenyataan terbaru, juara Eropah tiga kali itu mengesahkan bahawa mereka akan kembali ke Asia untuk jelajah pascamusim, termasuk perlawanan menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.
Ini juga menandakan kembalinya Manchester United ke Asia selepas kemenangan besar 4-0 ke atas Liverpool di Bangkok pada Julai 2022. Kali terakhir United jejakkan kaki ke Hong Kong adalah pada 2013.
Selepas jelajah Asia, Manchester United akan bertemu Leeds United di Stockholm pada 19 Julai, dan kemudian mereka akan berlepas ke Amerika Syarikat untuk Siri Musim Panas Liga Perdana, di mana mereka akan menentang West Ham United pada 26 Julai, Bournemouth pada 30 Julai, dan Everton pada 3 Ogos. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gambar najib sepak bola sambil kepit pelir in 3.... 2..... 1.... |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 12-4-2025 05:27 PM
najib suka bersukan
Gmbr last tu ingatkan Milo sponsor jd sihat & kuat rupanya teruih tergeliat |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 12-4-2025 06:02 PM
Gmbr last tu ingatkan Milo sponsor jd sihat & kuat rupanya teruih tergeliat
Adoih laa  |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak kisah pasukan mana yang disokong |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 12-4-2025 11:07 PM
Adoi kakakakiku, terus teringat gambo najib susun bata
najib buat dinding:
 |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 13-4-2025 01:12 AM
najib buat dinding:
Adoiii....pakai glove welding yg x menahan tu, apesal la diorg x suruh pakai topeng welding sekali |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 13-4-2025 01:12 AM
najib buat dinding:
Terus tringat najib pakai mask senget plak |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 13-4-2025 03:56 PM
Adoiii....pakai glove welding yg x menahan tu, apesal la diorg x suruh pakai topeng welding sekali
Extra protection katanya.. takut kena hempap bata yg salah susun tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bosskurr mendonia.. tenggelam terus pmx dalam thread beliau sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
cite pasal team Man U, terus semua teringat kat Najib.. maltu tapi riundu lettew.... kesian PMX punye thread kena hijack. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama Man U tak datang. Aku harap ramai player dari MSL dapat main terutama local talent.
Show your support, sokong team kita dan Man U. |
|
|
|
|
|
|
| |
|