View: 153|Reply: 3
|
Wanita kongsi cara mudah simpan tauhu, tauge! Barulah kekal putih dan tidak hitam
[Copy link]
|
|
SESETENGAH bahan mentah yang mudah dimasak mempunyai daya tahan yang rendah serta cepat rosak.
Ekoran itu, menu berkaitannya hanya dimasak mengikut masa-masa tertentu atau apabila berkelapangan untuk membelinya sahaja.
Menerusi hantaran di laman TikTok, seorang pelayar berkongsi cara untuk menyimpan bahan mudah rosak seperti tauhu dan tauge supaya dapat digunakan pada bila-bila masa.
Tauhu
Diperbuat daripada kacang soya dan disaring halus membuatkan tauhu mudah rosak jika tidak disimpan dengan baik.
Selain berbau busuk dan dihinggap kulat hitam, tauhu yang sudah rosak juga akan berlendir.
Meskipun anda membasuh dan membuang lendir, tauhu yang dimasak akan berasa masam.
Oleh itu, cubalah teknik penyimpanan ini supaya tauhu dapat disimpan lebih lama di dalam peti sejuk.
Cara simpanan:
1. Basuh tauhu sehingga bersih dan tidak melekit.
2. Kemudian masukkan ke dalam bekas kosong.
3. Isi air sehingga menutupi tauhu dan tutup kemas.
4. Simpan di dalam peti sejuk.
Tauge
Tauge antara sayuran yang mudah dimasak dan dapat disediakan dalam tempoh masa yang singkat.
Bagaimanapun, apabila terdedah lama, ia akan menjadi hitam dan lembik.
Ini kaedah terbaik untuk menyimpan tauge supaya kekal lama.
Cara simpanan:
1. Basuh tauge sehingga bersih dan buang kulit kacang berwarna hitam.
2. Masukkan ke dalam bekas berisi air bersih.
3. Pastikan air melebihi tauge.
4. Kemudian masukkan asam keping dan simpan di dalam peti sejuk.
Tip tambahan: Air perlu ditukar selang dua atau tiga hari bagi mengekalkan kesegarannya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tauge ni ada 2 jenis
1. yang terendam dalam air tu - yang ni tak tahan lama
2. tauge kering- tauge ni dalam tong, memang tahan lama, seminggu lepas beli pun masih elok |
|
|
|
|
|
|
|
tauge ni ada 2 jenis
1. yang terendam dalam air tu - yang ni tak tahan lama
2. tauge kering- tauge ni dalam tong, memang tahan lama, seminggu lepas beli pun masih elok |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nk cari tauge kering skg ni. Semua rendam. Xleh nk simpan lama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|