View: 200|Reply: 0
|
Dah la bayar RM6,000, kena tunggu lebih 2 jam… Peminat hampa tak boleh jumpa Hrithik Roshan
[Copy link]
|
|
NAMA pelakon Bollywood Hrithik Roshan menjadi bualan ramai susulan luahan peminat yang kecewa kerana tidak dapat bertemunya dalam satu acara.
Lebih membuatkan peminat berang apabila menerima layanan kurang baik oleh pihak penganjur sempena acara bertemu peminat di Texas, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.
Dalam masa sama, Hrithik sendiri dikatakan tidak mahu meluangkan masa bertemu peminat yang sanggup menunggu selama lebih dua jam.
Menambah kemarahan, mereka yang beratur ketika itu perlu membayar kira-kira RM6,000 bagi satu sesi ramah mesra seperti yang dijanjikan.
"Belanja RM6,000 ditambah dengan wang tiket masuk untuk berjumpa Hrithik namun tidak dapat bergambar. Beratur selama dua jam namun hampa.
"Dia tidak mahu bergambar dengan separuh peminat yang telah berbaris. Kami tunggu dalam keadaan cuaca sejuk.
"Kami sayang Hrithik, namun acara tidak teratur dan dia menjengkelkan," komen peminat.
Hrithik kini sedang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat untuk bertemu peminat sempena 25 tahun dalam dunia seni.
Selain Texas dia juga akan bertemu peminat di New Jersey, Chicago dan Bay Area.- mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|