View: 387|Reply: 8
|
[Dunia]
Tarif Trump: Tangguh 90 hari, China terus ditekan dengan tarif 125 peratus - Presiden AS
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu menurunkan kadar tarif baharu ke atas import daripada kebanyakan rakan dagang AS kepada 10 peratus selama 90 hari untuk membenarkan rundingan perdagangan dengan rakan dagangnya.
Trump mengumumkan jeda itu beberapa jam selepas barangan dari hampir 90 negara dikenakan tarif timbal balik yang lebih ketat oleh AS.
Bagaimanapun, di sebalik perkembangan terbaharu itu, Trump mengenakan lebih banyak cukai ke atas China dalam apa yang kini menjadi konfrontasi berskala penuh antara dua ekonomi terbesar dunia.
Presiden AS itu menaikkan tarif yang dikenakan ke atas import dari China kepada 125 peratus "berkuat-kuasa serta-merta".
Selepas beberapa hari kekacauan di pasaran global, saham-saham di Wall Street melonjak sebagai reaksi terhadap pengumuman Trump.
"Saya telah meluluskan PENANGGUHAN selama 90 hari" terhadap tarif yang lebih tinggi yang berkuat kuasa pada hari Rabu, kata Trump di rangkaian Truth Social miliknya.
Kata Trump, beliau membuat keputusan itu selepas lebih 75 negara menghubungi pentadbirannya untuk berunding dan tidak mengambil tindakan balas terhadap Amerika Syarikat.
Ini bermakna, hanya kadar tetap tarif 10 peratus ke atas semua negara yang bermula pada hari Sabtu akan terus dikekalkan.
Dalam masa sama, ia menandakan perubahan besar daripada tarif berat sebelah yang sebelum ini turut menjejaskan sekutu rapat AS.
Namun begitu, Trump menuduh China masih "menipu" negaranya.
"Berdasarkan kekurangan rasa hormat yang ditunjukkan oleh China terhadap Pasaran Dunia, saya dengan ini menaikkan tarif yang dikenakan ke atas China oleh Amerika Syarikat kepada 125 peratus, berkuat kuasa serta-merta," kata Trump.
Beberapa jam sebelum itu, Trump telah menaikkan tarif ke atas barangan dari China kepada 104 peratus.
China kemudian membalas dengan meningkatkan tarif ke atas import dari AS kepada 84 peratus.
"Pada satu ketika, harapnya dalam masa terdekat, China akan menyedari bahawa hari-hari menipu AS dan negara lain tidak lagi dapat diterima atau berdaya tahan," kata Trump.
Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini melancarkan tindak balas balasnya sendiri dengan mengumumkan langkah-langkah menyasarkan beberapa produk AS bermula Selasa, sebagai tindak balas kepada tarif AS ke atas eksport keluli dan aluminium global.
Blok 27 negara itu yang pernah dituduh Trump sebagai dicipta untuk "memperbodohkan" Amerika, akan mengenakan tarif ke atas produk AS bernilai lebih 20 bilion euro, termasuk kacang soya, motosikal dan produk kecantikan.
Namun begitu, EU tidak mengambil tindakan balas terhadap tarif AS sebanyak 20 peratus yang mula berkuat kuasa pada Rabu.
Minggu lalu, Trump mengumumkan apa yang digelarnya sebagai "Hari Pembebasan" bahawa beliau akan mengenakan tarif asas 10 peratus ke atas semua negara bermula Sabtu ini, dengan kadar tambahan untuk ekonomi seperti China dan EU yang mempunyai lebihan dagangan besar dengan AS bermula Rabu.
Dengan pasaran bergolak sepanjang minggu lalu, Trump pada Rabu meminta rakyat Amerika untuk "bertenang" sambil berkata: "Semuanya akan berjalan dengan baik."
Saham Wall Street melonjak tinggi selepas pengumuman penangguhan oleh Trump.
Beberapa minit selepas pengumuman itu, indeks S&P 500 melonjak sebanyak 6.0 peratus kepada 5,281.44, menamatkan rentetan kerugian teruk selama seminggu sebelumnya.
Pasaran saham Eropah dan Asia sebelum itu merosot bersama dengan harga minyak dan nilai dolar apabila konfrontasi semakin memuncak.
Hasil bon AS juga meningkat berikutan penjualan besar-besaran – satu petanda ekonomi yang membimbangkan kerana hutang kerajaan biasanya dianggap tempat selamat dalam masa
Sebelum berundur dari pendirian asalnya, Trump berkata, pemimpin-pemimpin dunia sedang berlumba untuk mengadakan rundingan perjanjian yang "tersendiri" dengan Amerika Syarikat termasuk Jepun dan Korea Selatan antara yang menghantar delegasi ke Washington.
Sebaliknya, China mengambil tindakan yang berbeza dan lebih tegas.
"Peningkatan tarif terhadap China oleh Amerika Syarikat hanya menambahkan kesilapan demi kesilapan," kata Kementerian Kewangan China.
Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, sebelum itu memberi amaran kepada negara-negara pada satu sidang perbankan bahawa menyokong Beijing adalah seperti "memotong leher sendiri."
Trump percaya dasar tarif ini akan menghidupkan semula sektor pembuatan AS yang hilang dengan memaksa syarikat-syarikat berpindah semula ke Amerika.
Bekas jutawan hartanah itu secara khusus marah terhadap China, menuduh negara itu menghasilkan berlebihan dan "melambakkan" barangan murah ke pasaran negara lain.
China turut memberi amaran kepada pelancong pada hari Rabu supaya "menilai sepenuhnya risiko" sebelum melancong ke Amerika Syarikat.
Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, kemudian memberi amaran mengenai "ancaman" China semasa lawatan ke Panama, di mana Terusan Panama kini menjadi pusat pertikaian antara Beijing dan Washington.
Sumber :– Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BEIJING, 10 April (Bernama-CMG) -- Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbincangan secara maya dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu.
Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai kerjasama perdagangan China-Malaysia serta China-ASEAN, tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) dan sebagainya.
Wang berkata tindakan AS melaksanakan tarif timbal balik merupakan amalan buli sepihak yang tipikal.
Ia bukan sahaja merosakkan kepentingan AS sendiri, tetapi juga mengancam pembangunan ekonomi serta kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global selain menjejaskan sistem perdagangan antarabangsa.
Beliau menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh komunikasi dan koordinasi dengan semua rakan dagang termasuk ASEAN, menangani kebimbangan masing-masing menerusi dialog dan perundingan secara sama rata, serta mempertahankan sistem perdagangan multilateral.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata pihaknya bersedia bersama dengan China untuk menyokong multilateralisme serta pembangunan perdagangan global.
Menurut beliau Malaysia akan berbincang dengan negara ASEAN lain berhubung isu tarif AS.
-- BERNAMA-CMG
|
|
|
|
|
|
|
|
pablia dua rentua bergaduh
amekau  |
|
|
|
|
|
|
|
pablia dua rentua bergaduh
amekau  |
|
|
|
|
|
|
|
So ape efeknye utk org2 biase mcm kite ni.. Yg pasti iphone mahal melantun2 la |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm klu china target nk guna msia sbg proxy economy kita mungkin ada kesan la...two big elephant fight2 mousedeer in the middle got crash |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm klu china target nk guna msia sbg proxy economy kita mungkin ada kesan la...two big elephant fight2 mousedeer in the middle got crash |
|
|
|
|
|
|
|
Hubungan Malaysia dengan China berada di barisan hadapan di rantau ini dan merupakan pilihan yang tidak dapat dielakkan untuk menghadapi cabaran global |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia dan China mempunyai persahabatan berjiran yang baik |
|
|
|
|
|
|
| |
|