CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 3

[Tempatan] Remaja 16 tahun ditahan polis, muat naik gambar lucah suntingan AI, jual RM2 sekeping

[Copy link]
Post time 9-4-2025 06:57 PM | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang remaja lelaki yang dipercayai memuat naik dan menjual gambar lucah hasil suntingan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam talian.

Suspek berusia 16 tahun dan masih bersekolah itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sekitar Kulai, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata laporan dibuat seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pada 3 April lalu yang mendakwa ada gambar lucah disunting menggunakan wajahnya tular di media sosial.

"Mangsa mendapati gambar lucah itu turut cuba dijual dalam talian.

"Ketika tangkapan dibuat, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan untuk menyunting dan memuat naik gambar mangsa suspek ke laman sosial bagi tujuan jualan.

"Siasatan awal mendapati suspek memperoleh gambar mangsa daripada akaun media sosial sebelum menyuntingnya menggunakan aplikasi AI.

"Gambar berkenaan dipercayai dijual pada harga RM2 sekeping," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kumar berkata, pihaknya menerima lapan laporan lain membabitkan kes dan suspek sama.

"Mangsa terjejas disaran tampil membuat laporan di balai polis berdekatan dan sebarang maklumat berkaitan kes boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Huda Shohodin di talian 013-5382698," katanya. - BH Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 06:59 AM | Show all posts
Apa nak jd la remaja2 skg ni. Lain btl  nk besarkan anak zaman ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:28 AM | Show all posts
buat apa nak beli kalau bole sikirinshot...kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Guna SDXL lettew

Buat senyap2 sudey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038625 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list