View: 345|Reply: 2
|
[Dunia]
Adik ambil rahim kakak untuk lahirkan anak
[Copy link]
|
|
LONDON – Seorang bayi perempuan menjadi kanak-kanak pertama yang dilahirkan daripada prosedur pemindahan rahim di United Kingdom(UK), lapor saluran televisyen Sky News semalam.
Ibu bayi berkenaan, Grace Davidson menjalani prosedur tersebut pada 2023. Dia berkata, kelahiran anaknya, Amy Isabel adalah anugerah terhebat.
Wanita berusia 36 tahun dari utara London itu menerima rahim kakaknya, Amy.
Prosedur pemindahan rahim itu adalah yang pertama di UK. Ia memberi harapan kepada beribu-ribu wanita, khususnya penghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) yang dilahirkan tanpa rahim atau rahim mereka gagal berfungsi.
Amy Isabel dilahirkan melalui kaedah pembedahan pada 27 Februari lalu di London.
“Kami sudah lama menunggu. Kami mengimpikan untuk mempunyai keluarga sejak berkahwin lagi dan mengharungi perjalanan berliku sebelum berjaya,” kata Grace.
Grace dilahirkan dengan MRKH dengan sindrom itu menjejaskan kira-kira satu dalam setiap 5,000 wanita.
Penghidap MRKH mempunyai rahim yang kurang berkembang atau hilang.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anaknya tu benih siapa?
Apa pendapat Ulamak? Apa pendapat UAI? |
|
|
|
|
|
|
| |
|