View: 524|Reply: 8
|
[Tempatan]
Warga emas diludah dan dipukul jiran guna besi sebab suka berkaraoke
[Copy link]
|
|
MELAKA – Angkara dendam lama, seorang lelaki bertindak agresif memukul jirannya dengan batang besi ketika mangsa berjoging di Pengkalan Jajar, Alai di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang juga pesara berusia 65 tahun mengalami kecederaan di lutut kiri.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat mangsa dan siasatan awal mendapati ia berpunca daripada perselisihan lama antara kedua-dua individu tersebut.
“Pada hari kejadian, suspek dikatakan terlebih dahulu membaling mercun ke arah rumah mangsa, namun warga emas itu yang mahu berjoging mengabaikannya dan meneruskan aktiviti seperti biasa.
“Bagaimanapun, selesai berjoging, mangsa terserempak dengan suspek dan berlaku pertengkaran mulut dan ludah meludah sebelum suspek memukul mangsa menggunakan batang besi berwarna biru,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurut beliau, ketika kejadian kedua-dua individu itu turut bergelut sebelum suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.
“Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Melaka Tengah menahan suspek berusia 40 tahun pada pukul 1 tengah hari hari yang sama.
“Hasil soal siasat, suspek memaklumkan warga emas itu sering membuat bising dengan berkaraoke sehingga menganggu ketenteraman keluarganya. Mangsa juga pernah ditegur sebelum ini tetapi tidak mengendahkannya,” katanya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
org tua degil yg menyusahkan org mmg selayaknya dibelasah...
“Hasil soal siasat, suspek memaklumkan warga emas itu sering membuat bising dengan berkaraoke sehingga menganggu ketenteraman keluarganya. Mangsa juga pernah ditegur sebelum ini tetapi tidak mengendahkannya,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
org tua degil yg menyusahkan org mmg selayaknya dibelasah...
“Hasil soal siasat, suspek memaklumkan warga emas itu sering membuat bising dengan berkaraoke sehingga menganggu ketenteraman keluarganya. Mangsa juga pernah ditegur sebelum ini tetapi tidak mengendahkannya,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 8-4-2025 12:37 PM
org tua degil yg menyusahkan org mmg selayaknya dibelasah...
“Hasil soal siasat, suspek memaklumka ...
#PDRM
Potential pendere warge emas detected! |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran aku adalah warga2 emas
Yg memekak tiap2 malam main mahjong
Berkumpul smpai 2 pagi baru bersurai
Itu pun kdg2 bersambung plk generasi muda
Preng moto preng keta
Tp aku takde la nak pukul sesapa stkt ni  |
|
|
|
|
|
|
|
buat apa karaoke kat rmh pakcik dah tak pasal2 bergaduh
pergi kedai mkn la yg ada karaoke tu
nak melalak kuat mana pun ikut suka la |
|
|
|
|
|
|
|
rentua tu nanyi lagu apa sampai dia marah camtu sekali.....takat lagu 'kau kunci cintaku(dalam hatimu)...pekakkan jer la tinga tu...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|