CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 807|Reply: 14

Tarif import barangan AS hanya 5.6 peratus - Zafrul

[Copy link]
Post time 8-4-2025 08:31 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Purata tarif import ke atas barangan dari Amerika Syarikat (AS) ke negara ini hanya sekitar 5.6 peratus dan bukan 47 peratus seperti yang didakwa.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak bersetuju dengan asas pengiraan tarif timbal balas sebanyak 24 peratus ke atas import dari Malaysia ke AS dan sedang mendapatkan penjelasan mengenai pengiraan tersebut.


“Mengikut kefahaman kami, pengenaan tarif oleh AS bukanlah refleksi tarif yang dikenakan kepada mereka, tetapi adalah disebabkan lebihan dagangan ke atas mereka.


“Malaysia memiliki lebihan dagangan sebanyak AS$25 bilion (RM111 bilion) ke atas AS begitu juga negara seperti Vietnam yang dikenakan tarif lebih tinggi, sedangkan Singapura misalnya, yang memiliki defisit perdagangan dengan AS hanya dikenakan tarif timbal balik 10 peratus.


“Pada masa sama, Malaysia komited sepenuhnya untuk mencapai solusi yang akan mengekalkan akses pasaran, menarik pelaburan asing yang berterusan, dan menyokong kesejahteraan pekerja dan perniagaan Malaysia.


“Sehubungan itu, buat masa ini, Malaysia tidak akan mengambil sebarang tindakan timbal balas,” katanya dalam sidang akhbar berhubung pengenaan tarif AS di Menara MITI di sini semalam.


Tengku Zafrul berkata, pihaknya akan menyemak semula sasaran pertumbuhan pelaburan diluluskan sebanyak lima peratus untuk 2025 susulan pengenaan tarif tersebut, yang disifatkan beliau mampu memberi impak langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini, dan mungkin tahun-tahun akan datang.


Tambahnya, dari segi pelaburan yang diluluskan, maklum balas awal dari pelabur asing dan domestik kebanyakannya menyatakan masih terlalu awal untuk menilai impak kepada operasi masing-masing sehingga tarif dilaksanakan pada 9 April.


“Beberapa pelabur berkongsi bahawa rantaian bekalan mereka akan terkesan, terutama dari segi kontrak pembuatan dan ada pelabur Malaysia yang sedang memperlahankan pelan pengembangan perniagaan masing-masing serta mula berjimat, sambil memfokus kepada perluasan pasaran.


“Ketika sesetengah eksport Malaysia akan menjadi lebih kompetitif berbanding negara lain yang dikenakan tarif lebih tinggi, kesan pengenaan tarif kepada permintaan global dikhuatiri akan menurunkan nilai eksport secara keseluruhan.


“Begitu juga sekiranya ramai pelabur datang ke Malaysia disebabkan kadar tarif lebih rendah, ia akan meningkatkan lebihan dagangan negara berbanding AS yang telah mengakibatkan pengenaan tarif timbal balas ini, jelas ia bukannya satu solusi jangka panjang,” ujarnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 08:54 AM | Show all posts
Ini statement bagus

Jika malaysia dakwa sebenarnya cuma 5.6 peratus cukai maka adakah us telah exagerated cukai 49% tersebut. Adakah us telah berpura-pura dan mengambil kesempatan dengan tidak memberitahu perkara penting iaitu cara mengira tarif tersebut yang telah dilebih-lebihkan atau dengan asas kiraan yang berlainan. Atau adakah malaysia telah tersilap dimana-mana?

Jika ya maka adakah malaysia perlu clarify ini secara rasmi atau duduk diam selagi pelabur dan pengimport masih memilih malaysia sebab lebih rendah dari negara lain?

Kira bagus juga approach malaysia tidak terburu2 dan melihat dengan teliti detail tarif tersebut. Harap malaysia berhati2 dan cuba elak bercakap dengan trump selagi boleh.. aku rasa kita tak boleh handle tuntutnan2 trump nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:12 AM | Show all posts
mesti ada sbb trump nak berunding dengan mana2 negara bila dikenakan tariff. so, mesti ada agenda lain utk mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:12 AM | Show all posts
mesti ada sbb trump nak berunding dengan mana2 negara bila dikenakan tariff. so, mesti ada agenda lain utk mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 7-4-2025 05:27 PM

Tariff timbal balik dapat 47% dari trade deficit malaysia US.... Bukan tariff yang di kena kan...yang kena 10% deficit rendah... Kena 24% kira discount

Sekarang tengok saja lah masing masing competing narratives untuk fix amount trade deficit...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 10:44 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 8-4-2025 01:12 AM
Tariff timbal balik dapat 47% dari trade deficit malaysia US.... Bukan tariff yang di kena kan...yan ...

maybe dia tak baca soklan sis, so kita maapkan je la, niway kan lepas raya nehhh





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2025 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
47 simbolik untuk wak47 kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Zafrul ni dah banyak kali sembang kencang. Hasil dia semua di jangkakan, yang realise hampeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 03:48 PM | Show all posts
masalahnya harga barang mana ada naik 5.6% . sekali dia naik RM 50 / RM 100
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 8-4-2025 10:52 AM
47 simbolik untuk wak47 kot

Tooodia......
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 04:18 PM | Show all posts
5.6 sebelum trump naikan tariff..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengku sikal tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 05:00 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 9-4-2025 05:06 PM
plywood replied at 8-4-2025 08:54 AM
Ini statement bagus

Jika malaysia dakwa sebenarnya cuma 5.6 peratus cukai maka adakah us telah exag ...

Bagus la you punya tulisan. Cara menulis yang teratur. Point yang dibentangkan pun kemas. Susah nak jumpa tulisan yang berkualiti dekat Forum Cari ni - tulisan yang memberi manfaat kepada perkembangan otak.

Nanti share la lagi kalau ada perspektif atau maklumat yang bagus tentang sesuatu perkara. I will try to remember your username.

+ + +

Tariff Malaysia 47%

Tentang tariff yang dibentangkan oleh US. I mula-mula tahu daripada Astro Awani. Sebagai mainstream media, I assume Astro Awani ambil maklumat ini daripada sumber yang credible - most likely, daripada Kerajaan US sendiri.

Jadi mula-mula I percaya Malaysia kenakan tariff sebanyak 47% ke atas US. After all, kita memang tahu ... dalam sesetengah keadaan, Malaysia kenakan cukai yang tinggi untuk barangan import. Contohnya, kereta import.

Lepas tu, I cuba dapatkan clarification. Betul ke Malaysia kenakan tariff 47% ke atas US? The Star lapor apa yang White House lapor. Other than Astro Awani, The Star, White House, and maybe mainstream media US ... tak de sumber lain yang dapat mengesahkan tentang tariff 47% ni.

I mula confused ... daripada mana White House dapat figure 47% ni? Waktu tu, Kerajaan Malaysia masih belum respond apa-apa.

Then, I terjumpa satu article CNN. CNN membuat assumption bagaimana tariff tersebut dikira oleh White House. Kalau assumption CNN ini adalah betul, 47% ni tak de kaitan pun dengan tariff daripada pihak Malaysia ke atas US.

Dalam erti kata lain, Malaysia tak kenakan tariff sampai 47% pun ke atas produk import US ke Malaysia.

Jadi macam mana 47% ni dikira?

+ + +

Pengiraan Tariff 47%

Defisit perdagangan US-Malaysia = Jumlah export Malaysia ke US - (tolak) Jumlah export US ke Malaysia

Jumlah defisit adalah USD 24.8 billion pada 2024.

Sumber News Strait Times: It cited the US Bureau of Economic Analysis which stated that
Malaysia ranks 15th on the US list with a trade surplus of US$24.8 billion in 2024.

USD 24.8 billion / (bahagi) Jumlah export Malaysia ke US iaitu USD 52.5 billion

USD 24.8 billion / USD 52.5 billion = 0.47 = 47%

Conversely, US imports from Malaysia reached $52.5 billion. This resulted in a trade deficit of $24.8 billion for the US in 2024.

Trump kata, US bagi diskaun 50%. Jadi dapatlah figure 24%.

Tengku Zafrul ada upload video tentang calculation White House di YouTube. Boleh search account Tengku Zafrul di YouTube.

+ + +

Daripada Perspektif Matematik

Kalau betul 47% dikira daripada formula di atas, apa yang Trump present adalah ratio. Specifically, ratio antara:

Trade Deficit : Malaysian Export to US (baca sebagai ratio)

Atau, Trade Deficit / (bahagi) Malaysian Export to US

Apa maksud ratio ni?

In 2024, kita ada trade deficit sebanyak RM 24.8 billion. Deficit ni wujud kerana export Malaysia ke US lebih tinggi berbanding export US ke Malaysia.

That's why ... RM 24.8 billion dilihat dalam konteks Malaysian export ke US. Kerana, Malaysian export ke US yang menghasilkan deficit ni.

In short = RM 24.8 billion : RM 52.5 billion (baca dalam bentuk nisbah)

Ringkasnya, kita boleh kata 1:2. Dalam erti kata lain ... untuk setiap 1 trade deficit, ia terhasil kerana 2 Malaysian export.

+ + +

Trade Deficit Vietnam

Macam Vietnam, trade deficit adalah 90%.

The United States currently runs a $123.5 billion trade deficit with Vietnam because of $13.1 billion in exports in 2024 and $136.6 billion in imports, as per data provided by the Office of the US Trade Representative.

Ratio = 123.5 / 136.6

Dalam konteks Vietnam, ratio ni jadi lebih besar. Almost 1:1. Maksudnya, untuk setiap 1 trade deficit dengan Vietnam, ia terhasil kerana 1 Vietnam export ke US.

Dalam erti kata lain ... Vietnam sangat sedikit membeli produk US, berbanding Vietnam menjual ke US. The figure is too insignificant that it is almost negligible.

+ + +

PMX Umum MAS Beli Boeing

Mungkin pihak Kerajaan Malaysia sudah dapat baca yang White House akan mengamuk tentang trade deficit. Perhaps that’s why, recently, PMX announced that MAS will purchase 30 jets from Boeing.

Dalam konteks trade deficit yang wujud sekarang, usaha Kerajaan Malaysia melalui MAS ni boleh dilihat untuk mengurangkan trade deficit antara Malaysia - US.

+ + +

Is This Fair?

Adakah pengiraan trade deficit semata-mata melalui trade in goods adalah satu approach yang adil untuk kedua-dua negara?

Cuba kita tengok ... adakah America menjual produk fizikal semata-mata?

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Zahid Hamidi ada wAK-47, kenapa pulak hakim bagi tandatangan syarat perjanjian NDAA?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.078191 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list