CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 10

[Tempatan] Nahas selepas abang kejar adik ikut teman lelaki

[Copy link]
Post time 9-4-2025 12:46 PM | Show all posts |Read mode


Kampar: Insiden sebuah kereta mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 308 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, semalam berakhir dengan kemalangan tiga kenderaan.

Difahamkan, insiden kejar mengejar itu membabitkan perselisihan faham berkaitan hal kekeluargaan di mana seorang lelaki yang memandu Honda City bertindak mengejar adiknya yang dikatakan mengikut teman lelaki menaiki pelbagai guna (MPV) jenis Proton Ertiga.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya menerima dua laporan mengenai kemalangan tiga kenderaan itu, sekitar jam 10.46 pagi semalam yang mana kejadian itu turut tular di media sosial.

Beliau berkata, kemalangan itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa, namun siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah yang berlaku sebelum kemalangan itu berlaku.

"Kejadian berlaku di lorong kanan lebuh raya apabila salah satu kenderaan terbabit didapati membrek secara mengejut yang menyebabkan ia dilanggar dari arah belakang oleh dua kenderaan lain.

"Kemalangan berpunca daripada perselisihan faham di antara dua kenderaan itu, dan berlaku aksi kejar mengejar sebelum salah satu kenderaan membrek secara mengejut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya dakwan tular mengatakan kejadian itu membabitkan pemandu Honda City bertindak mengejar adiknya yang dikatakan mengikut teman lelaki menaiki Proton Ertiga, Mohamad Nazri megakuinya dan berkata, kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Selangor.

"Kes sudah dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang bagi tindakan selanjutnya. Siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah yang berlaku sebelum kemalangan ini.

"Benar (abang mengejar adik perempuan). IPD Kampar hanya ambil tindakan berkaitan kes kemalangan sahaja manakala kes jenayah itu diambil tindakan oleh IPD Serdang kerana kejadian bermula di sana," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video memaparkan kejadian di mana sebuah Proton Ertiga warna putih yang sedang dikejar oleh Honda City warna kelabu tiba-tiba berhenti mengejut di tengah-tengah lorong lebuh raya, mengakibatkan kemalangan beberapa kenderaan di belakang mereka. - Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 01:21 PM | Show all posts
bodohhh  la betui korang ni.. kut terkorban nyawa org lain acaner ?

sila satu family termasuk bopren adik tu tidak membiak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 02:13 PM | Show all posts
bukan ertiga tu ke yang kejar so dia block depan city..
kalau ertiga tu yang lari, buat apa dia berhenti mengejut depan city..
baik lari je terus..
adik menggatal, habis menyusahkan pengguna jalanraya lain..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh ni ke puncanya. Baru lepas tgk kat fb. Habis lori bawak telur x terpasal je pasa 2 kereta ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tergelak tgk myvi tiba2 langgar tiang lampu si satu selekoh kat tiktok dgn music background lagu cibai tu   
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 10-4-2025 02:51 AM

Macam kacip je aku tengok..


https://youtu.be/AacqnvlTfps?si=akuqbI-0bDkzwlMc

"Dia curi adek aku."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2025 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga adik ko mengandartu sampai forever dek
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:17 AM | Show all posts
nk bergasak bertumbuk tp sudahnya menyusahkan org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 10:39 AM | Show all posts
menyusahkan org...kalau lori tu hentam kereta depan, pastu kereta depn meninggal, tak pasal je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 10:42 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-4-2025 06:13 AM
bukan ertiga tu ke yang kejar so dia block depan city..
kalau ertiga tu yang lari, buat apa dia berh ...

kaannnn..! smlm tertgk kat tiktok.. katanya ertiga tu yg kejar honda. kot ertiga tu yg curi adik dia.. mesti dia dah henjut  laju lagi tinggalkan honda tu. buat apa nak terhegeh2 lagi kat situ. berita kat sini mcm terbalik pulak

apa pun.. setel tepi lah. ni tengah2 jalan dia sekat gitu. bodoh betul
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasik lemak buah bidara......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.130506 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list