CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70|Reply: 0

Luas dan premium

[Copy link]
Post time 6-4-2025 01:01 PM | Show all posts |Read mode


PASARAN kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam segmen-D dilihat bagi mengisi keperluan buat yang mahukan mobilti lebih luas dan selesa selain tampil lebih sporty.


Tidak terkecuali menerusi pengenalan Jaecoo J8 yang direka khas untuk pasaran tempatan adalah penawaran SUV keempat buat jenama itu di Malaysia.


Model ini hadir dengan enjin 2.0 liter turbo, suntikan terus, dan 4 silinder sebaris yang mampu menjana 245 kuasa kuda (hp) serta 385Nm tork.


Ia dilengkapi dengan transmisi automatik 8-kelajuan dan kapasiti tangki bahan api 65 liter yang menawarkan gabungan prestasi tinggi serta kecekapan bahan api optimum.




Untuk dimensi, J8 mempunyai ketinggian 1.71 meter (m), lebar 1.93m, panjang 4.82m dan jarak roda 2.82m, memberikan keseimbangan antara ruang dalaman yang luas serta kestabilan pemanduan.


SUV ini ditawarkan dalam dua varian iaitu J8 2WD dengan pilihan lima tempat duduk dan J8 AWD yang menawarkan enam tempat duduk.




Untuk aspek keselamatan dan kemewahan, JAECOO J8 AWD dilengkapi 10 beg udara, sistem pewangi automatik, pintu berkuasa, serta akses tanpa kunci menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC).


Ciri tambahan lain termasuk perakam video digital (DVR) terbina dalam, sistem parkir automatik serta tempat duduk berkuasa elektrik dengan fungsi mengurut dan langsir automatik untuk keselesaan tambahan.


Daripada segi pilihan warna, varian 2WD ditawarkan dalam warna Carbon Crystal Black, Khaki White dan Olive Grey manakala varian AWD hadir dengan pilihan dua tona untuk warna sama.


Harga anggaran bagi model AWD (6 tempat duduk) adalah sekitar RM220,000 manakala model 2WD (5 tempat duduk) dianggarkan dalam lingkungan RM195,000. - Harian Metro




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.039805 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list