CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengawal keselamatan tertekan selepas dikecam pengguna TikTok

[Copy link]
Post time 4-4-2025 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-4-2025 05:06 PM

Pengawal keselamatan tertekan selepas dikecam pengguna TikTok

MOHD ISKANDAR OTHMAN
04 April 2025 04:37pm



Rusli (kiri) tidak menyangka tindakan anaknya, Ruslina Hanani, menerima sumbangan RM100 daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, baru-baru ini menimbulkan pertikaian pengguna TikTok hingga sanggup melemparkan kata-kata kesat kepada keluarganya.



BUKIT MERTAJAM – Seorang pengawal keselamatan yang menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, baru-baru ini mendakwa mengalami tekanan emosi selepas keluarganya dikecam secara terbuka oleh seorang pengguna TikTok.

Rusli Ahmad, 59, berkata, dia tidak menyangka tindakan anaknya, Ruslina Hanani, menerima sumbangan RM100 daripada wakil rakyat tersebut menimbulkan pertikaian pengguna TikTok hingga sanggup melemparkan kata-kata kesat kepada keluarganya.


Menurutnya, video yang dimuat naik oleh individu tidak dikenali itu mengundang pelbagai kecaman dan kritikan penyokong kumpulan tertentu hingga mengakibatkan dia dan anaknya mengalami tekanan mental.

"Anak saya mengalami kemalangan beberapa hari sebelum Aidilfitri baru-baru ini dan berikutan kejadian itu, YB Permatang Pauh datang melawat serta menghulurkan sumbangan wang tunai RM100 kepadanya.


"Berikutan video lawatan YB itu, ada yang mengecam tindakan Hanani menerima sumbangan tersebut dan mempertikaikan mengapa dia tidak dibantu oleh ayah angkatnya, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, selain dihina dengan pelbagai kata-kata yang menyakitkan hati," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Kesal dengan kecaman yang diterima di media sosial, Rusli berkata dia bertindak memulangkan semula wang sumbangan yang diterima daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kepada pegawainya.


Beliau berkata, anaknya yang sedang terlantar sakit di rumah akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan turut murung selepas menjadi mangsa buli siber di media sosial.

"Tindakan pengguna TikTok itu sungguh mengaibkan keluarga saya, dan disebabkan itu kami kini sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadapnya.



"Difahamkan pemilik akaun TikTok terbabit juga telah memadam akaunnya, namun kami akan tetap meneruskan tindakan saman terhadapnya," katanya lagi.

Sementara itu, Muhammad Fawwaz ketika dihubungi berkata, sebagai wakil rakyat, beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya untuk menziarahi masyarakat, terutamanya mereka yang ditimpa musibah, dengan menghulurkan sedikit sumbangan peribadi.

Jelasnya, beliau tidak menyangka lawatannya itu menjadi polemik pihak tertentu hingga memberi kesan kepada Rusli dan anaknya.

"Saya rasa isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi dan berharap netizen dapat menghentikan pertikaian yang memberi kesan kepada keluarga berkenaan.

"Marilah kita sama-sama doakan kesembuhan anak Pak Cik Rusli agar dia pulih dan dapat kembali ke universiti untuk menyambung pengajiannya," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/721068/edisi/utara/pengawal-keselamatan-tertekan-selepas-dikecam-pengguna-tiktok


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 2.197127 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list