CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki maut jatuh dari tingkat 22 pangsapuri

[Copy link]
Post time 4-4-2025 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut jatuh dari tingkat 22 pangsapuri

BERNAMA




- Foto hiasan



Georgetown: Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Gat Lebuh Macallum, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata, mangsa berusia 27 tahun dan pihaknya dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 5.07 petang.

"Mangsa merupakan penghuni pangsapuri itu dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah di tempat kejadian atau badan lelaki terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lee berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menularkan gambar atau video kejadian di media sosial untuk tidak menyinggung perasaan keluarga mangsa.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri sebelum tersangkut di struktur bangunan tular di media sosial.



Disiarkan pada: April 4, 2025 @ 10:37am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1203963/lelaki-maut-jatuh-dari-tingkat-22-pangsapuri




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.516698 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list