CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Cara mandi jenazah yang mewarnakan rambut

[Copy link]
Post time 4-4-2025 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Saya ingin bertanya tentang cara mandi jenazah bagi jenazah yang mewarnakan rambut?

JAWAPAN: PERTAMA, hendaklah dipastikan bahawa baJika pewarna itu tidak mampu untuk dihilangkan, maka sebaiknya hendaklah dicukur rambut bagi memastikan air sampai kepada tempat yang wajib dibasuh (rambut dan kulit kepala) atau ditayammumkan dan dibasuh semua anggota badan lain yang tidak terlibat. Pada kebiasaannya, kebanyakan pewarna rambut (hair dye) adalah bersifat menghalang air daripada sampai ke rambut.

Kadar yang paling minimum bagi mandi jenazah ialah dengan meratakan air ke seluruh badan jenazah sebanyak sekali sahaja.

Namun, jika ada keadaan yang tidak dapat dimandikan dengan sempurna seperti keadaan jenazah yang mewarnakan rambut seperti di dalam soalan ini, maka caranya adalah dengan memastikan bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnakan rambut tersebut.

Jika sekiranya pewarna bagi mewarnakan rambut itu diperbuat daripada bahan yang tidak menghalang air daripada terkena kulit, seperti minyak yang sedikit dan masih boleh menyerap air, maka hendaklah dimandikan jenazah seperti biasa, kemudian disolatkan.

Adapun jika pewarna bagi mewarnakan rambut itu daripada bahan yang menghalang air daripada terkena kulit, maka ia tidak dapat memenuhi tuntutan wajib bagi mandi tersebut iaitu meratakan air ke seluruh badan.

Oleh yang demikian, para ulama’ berpandangan bahawa apabila wujud keuzuran untuk melaksanakan kewajipan tersebut, maka hendaklah melakukan tayammum kepada jenazah tersebut.

Ada juga pandangan yang mengatakan wajib untuk mencukur rambut jenazah jika tidak mampu untuk dihilangkan pewarna rambut tersebut dan sudah tentu ia lebih diyakini untuk air sampai ke kulit kepala, disebut di dalam al-Manhaj al-Qawim Bi Syarh Masail al-Ta’lim:

“Ya, jika disaluti rambut dengan sesuatu yang melekat dan air tidak sampai ke asalnya (rambut) kecuali dengan mencukurnya, maka wajib untuk mencukurnya.”

(Rujuk al-Manhaj al-Qawim Bi Syarh Masail al-Ta’lim: 344-345).han perwarna tersebut sama ada diperbuat daripada bahan yang menghalang air ataupun tidak. Jika daripada bahan yang tidak menghalang air, maka jenazah hendaklah dimandikan dan disolatkan seperti biasa.

Namun, jika daripada bahan yang menghalang air, maka hendaklah cuba dihilangkan pewarna tersebut dan jika hilang, dimandikan dan dibasuh anggota badan lain untuk sampai air padanya seperti biasa juga. Kosmo! Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 2.035437 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list