CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 1

Pak Cik Lego anggap hobi sebagai terapi

[Copy link]
Post time 4-4-2025 09:40 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Bukan sedikit nilainya kerana kira-kira RM300,000 dibelanjakan peguam ini untuk membeli set lego yang dijadikan koleksi sejak lapan tahun lalu.


Norazmi Norazman, 41, atau dikenali dengan Pak Cik Lego di TikTok terjebak dengan hobi itu selepas membelikan mainan berkenaan buat anaknya.


Bermula saat itu, Norazmi jadi 'ketagih' dan terus menambah koleksi dan kini mengumpul 1,000 set mainan dengan paling mahal dibeli pada harga RM3,700.


Berkongsi kisahnya, Norazmi berkata, dia tidak penah terlintas akan menjadi pengumpul lego kerana pernah menganggap hobi itu hanya sinonim dengan kanak-kanak dan bukannya golongan dewasa.


"Tapi selepas belikan anak (lego), saya cuba main dan bantu dia pasang kemudian jadi seronok pula. Bermula sejak itu, saya bawa anak ke kedai setiap minggu untuk beli mainan.


"Saya belikan anak mainan berharga RM200 hingga RM300 tapi saya punya antara RM300 hingga RM4,000 kerana waktu itu mereka kecil lagi, belum boleh hargai dan cepat bosan," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Solaris Dutamas, di sini.


Menurut Norazmi, minat itu berterusan hingga dia sanggup membelanjakan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan sebelum ini untuk menambah koleksi yang baru.


Norazmi berkata, dia tiada masalah membelanjakan wang sebanyak itu demi hobi kerana menganggap ia satu terapi buat dirinya selepas bekerja kuat untuk mencari rezeki.


"Tanggungjawab utama saya adalah anak dan kalau semua sudah cukup dan ada lebihan rezeki memang saya akan belanja untuk diri sendiri dengan beli mainan.


"Ia (mainan) untuk kesihatan mental saya yang selalunya sibuk bekerja. Jadi dengan adanya mainan, saya dapat duduk dalam dunia saya dan ada masa untuk diri sendiri," kata bapa tiga anak itu.




Norazmi berkata, bukan semua koleksi ditempatkan di dalam rumah kerana ruang yang terhad jadi sebahagiannya di pejabat manakala selebihnya di muzium Kelantan buat sementara waktu bagi tujuan pameran sebuah acara bermula Disember hingga Februari lalu.


Menurut Norazmi, belum ada koleksinya yang hilang dan kesemuanya dijaga dengan baik walaupun dia bukan terlalu cermat.


"Set lego yang ada di rumah banyak malah ada belum buka lagi daripada kotak sejak dibeli jadi nak bersihkan habuk satu persatu akan mengambil masa lama.


"Jadi cara yang senang adalah 'mandikan' mainan dengan jirus air, bilas kemudian keringkan," katanya.


Menurut Norazmi, dia mengumpul mainan bukan untuk pelaburan atau dijual semula seperti segelintir pengumpul lain namun kerana minat.


"Jadi buat masa ini, saya tak ada perancangan nak pencen atau bersara daripada hobi mengumpul lego kerana ada saja keluaran baru di pasaran.


"Selagi ada duit, ada rezeki boleh teruskan tapi buat masa ini tidak kerana sudah macam satu ketagihan.


"Tak semua orang akan faham melainkan pengumpul dan mereka yang sudah terjebak. Lagipun, masa kecil tak dapat dan bila sudah besar baru merasa," katanya yang kini mengumpul lebih 300,000 pengikut di TikTok sejak memuat naik video pertama pada pertengahan 2022.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 01:28 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Inilah dilema hobi yang memerlukang ruang...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.725044 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list