CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

[Perlis] Penjawat awam nyaris terkena tembakan ketika memandu, polis siasat motif

[Copy link]
Post time 4-4-2025 12:47 AM | Show all posts |Read mode
Penjawat awam nyaris terkena tembakan ketika memandu, polis siasat motif

Oleh BERNAMA - April 3, 2025 @ 8:44pm




Foto hiasan



KANGAR: Dua penjawat awam yang juga bapa saudara dan anak saudara lelakinya nyaris terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Medan Selera di Kuala Perlis dekat sini semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika lelaki berusia awal 40-an berasal dari Perlis dan bertugas di Johor itu sedang memandu kereta jenis Perodua Alza putih untuk menghantar anak saudaranya berusia awal 30-an ke Jeti Kuala Perlis untuk pulang ke Langkawi.

"Ketika berhenti di lampu isyarat, lelaki berusia 40-an yang sedang memandu itu terdengar bunyi letupan kuat dan mendapati terdapat kesan tembakan pada pintu kanan bahagian pemandu.

"Cermin tingkap kanan sebelah pemandu kereta juga mengalami keretakan akibat kejadian itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Perlis (IPK) di sini hari ini.

Muhammad berkata bagaimanapun kedua-dua lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pasukan forensik menemukan sebutir anak peluru di bahagian alas kaki tempat duduk pemandu selain kesan tembakan pada pintu kanan kenderaan itu.

Muhammad berkata siasatan awal mendapati tembakan dipercayai dilepaskan dari jarak antara tiga hingga empat meter menggunakan pistol jenis Revolver 38 Smith & Wesson dengan peluru berukuran 38 milimeter daripada sebuah kereta jenis Proton Wira.

"Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206)," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1380103/penjawat-awam-nyaris-terkena-tembakan-ketika-memandu-polis-siasat-motif





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 1.000359 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list